La Liga telah memohon kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (REEF) untuk mengubah tempat perlawanan El Clasico di antara Barcelona dan Real Madrid ke Madrid berikutan ketegangan politik yang sedang berlaku di Catalonia.
Pada Isnin lepas, sembilan pemimpin Catalan dihukum penjara antara sembilan dan tiga belas tahun selepas dituduh mendalangi referendum haram untuk menuntut pemisahan atau kemerdekaan wilayah Catalonia.
LIve Streaming protests #barcelona #Catalonia https://t.co/aFQQ8AsK3r pic.twitter.com/zwNYadtAHa
— cyberdisruptor (@cyberdisruptor) October 14, 2019
Dalam beberapa perlawanan di Nou Camp sebelum ini, stadium tersebut pernah menjadi tempat untuk melakukan protes dalam kalangan penduduk di wilayah itu memandangkan Barcelona merupakan ibu kota Catalonia.
Perlawanan pertama Barcelona di Camp Nou selepas hukuman tersebut dijatuhkan adalah bertemu pasukan Real Madrid pada 26 Oktober ini.
Pasukan Real Madrid sebelum ini sudah bersiap sedia untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap pasukan mereka sepanjang perjalanan dan keberadaan mereka di Barcelona.
Pejuang Catalonia Dipenjara: Real Madrid Risau Isu Keselamatan Menjelang El Clasico Di Nou Camp – https://t.co/jxFUhGsx1H pic.twitter.com/3amYXvJKwj
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 15, 2019
Permohonan La Liga kepada REEF itu dibuat tanpa penglibatan atau persetujuan dari kedua-dua seteru Barcelona dan Real Madrid. Menurut tinjauan BBC, Barcelona dikatakan telah menolak pertukaran tempat tersebut kerana merasakan ianya tidak perlu.
Permohonan La Liga itu dibuat kerana mereka menjangkakan lebih banyak protes atau tunjuk perasaan dibuat di sekitar bandar itu semasa hari perlawanan dan mereka bertanggungjawab untuk mengelak sebarang kejadian di luar kawalan.
REEF dijangka memberi keputusan pada 24 Oktober, dua hari sebelum perlawanan tersebut dijadualkan. Sekiranya permohonan itu diluluskan, El Clasico seterusnya pada bulan Mac akan bertukar ke Barcelona.
Violent protests continue in Catalonia after Spain's Supreme Court gave nine Catalan leaders long prison sentences. https://t.co/loH99XJfQ2 pic.twitter.com/EZnWla4CXF
— ABC News (@ABC) October 17, 2019
Isnin lepas, Persekutuan Bola Sepak Catalonia bertindak menggantung semua perlawanan bola sepak di wilayah itu sebagai tanda solidariti kepada sembilan pejuang kemerdekaan mereka yang dijatuhkan hukuman.
Catalonia merupakan wilayah separa autonomi yang terletak di bahagian Timur Laut Sepanyol. Dalam referendum yang dibuat pada 1 Oktober 2017, 90% pengundi dalam kalangan penduduk Catalonia mengundi untuk menuntut kemerdekaan mutlak. Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 43%.
Namun Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengisytiharkan referendum itu tidak sah kerana dijalankan secara haram dan dalangnya dituduh mengkhianati kerajaan.
https://twitter.com/En24News/status/1184082503025299462?s=20
Media tempatan melaporkan, setakat ini 51 orang penunjuk perasaan telah ditahan dan 125 lagi mengalami kecederaan selepas berlaku pertempuran dengan pihak polis.