El Clasico Ditunda Selepas Protes Di Catalonia Jadi Tidak Terkawal

Perlawanan pertama El Clasico diantara Barcelona dan Real Madrid pada musim ini sah ditangguhkan oleh La Liga.

Perlawanan tersebut pada asalnya dijadualkan pada 26 Oktober, tetapi protes jalanan yang berlangsung selama beberapa hari untuk membantah hukuman penjara pemimpin pemisah menimbulkan kegusaran mengenai isu keselamatan.

Barcelona dan Real Madrid sebelum ini tidak bersetuju dengan cadangan agar perlawanan tersebut dimainkan di Madrid.

Kini kedua-dua kelab diberikan tempoh sehingga Isnin hadapan untuk menetapkan tarikh baharu untuk perlawanan dilangsungkan.

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde sebelum ini menyatakan pendirian tidak bersetuju perlawanan tersebut dipindahkan ke Madrid.

Barcelona terlebih dahulu dijadualkan akan berkunjung ke Slavia Prague di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 23 Oktober – hanya tiga hari sebelum perlawanan El Clasico tersebut sepatutnya berlangsung.

La Liga terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perlawanan tersebut atas sebab perkara yang diluar kawalan badan pertandingan tersebut – setelah protes berterusan di Barcelona berlangsung.

Protes jalanan telah berlangsung selama lima hari di wilayah Catalonia, dengan peserta turut dilaporkan bertempur dengan pihak polis.

Ratusan ribu manusia membanjiri jalanan mengibarkan bendera kemerdekaan sambil melaungkan “pembebasan untuk tahanan politik” di serata Catalonia pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya 96 orang turut dilaporkan mengalami kecederaan disebabkan protes yang menjadi tidak terkawal.

Catalonia adalah wilayah separa-autonomi milik Sepanyol dan melalui referendum pada 1 Oktober 2017, 90% daripada undian mahukan Catalonia bebas dari Sepanyol.

Bagaimanapun, hanya 43% penduduk yang turut melakukan undian, dan kerajaan Sepanyol melalui Mahkamah Tinggi negara tersebut mengklasifikasikan pungutan suara tersebut sebagai tidak sah.

Sembilan pemimpin pemisah kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan sehingga 13 tahun atas pembabitan mereka mengadakan referendum tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN