EKSKLUSIF: “Kaki Kirinya Bagus” – P. Maniam Dedah Pemain Tempatan Beliau Paling Ingin Kerjasama

Jika disebut tentang P. Maniam, pastinya para penyokong bola sepak tempatan terutama sekali di Selangor mengenali jurulatih ini yang disifatkan sangat tegas dan pandai menaikkan bakat-bakat muda baharu.

Bersama Petaling Jaya City (PJ City), beliau berjaya membawa ramai bakat-bakat baharu serta menaikkan kembali pemain yang sebelum itu agak malap untuk kembali menyerlah dalam bola sepak tempatan.

Pada musim lalu, PJ City sering menimbulkan masalah buat pasukan-pasukan pilihan lain dari segi pungutan mata menerusi beberapa keputusan perlawanan dicatat sangat positif.

Namun, musim ini PJ City dilihat seakan tidak begitu menjadi apabila mereka hanya meraih tiga kemenangan daripada 18 perlawanan dilalui untuk berada di tangga ke-10 carta Liga Super.

Walaupun begitu, dari segi corak permainan ditampilkan jelas PJ City masih lagi konsisten dan terbaharu, mereka jelas boleh menarik nafas lega setelah cemerlang tiga perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

Menurut Maniam, beliau menegaskan PJ City masih lagi dianggap bermain dengan sangat cemerlang berdasarkan komitmen tinggi serta disiplin ditampilkan oleh para pemain.

“Sebagai jurulatih mereka, saya sendiri gembira dengan sikap para pemain yang sangat komited serta memberi disiplin tinggi dalam setiap perlawanan dihadapi.

“Musim ini setiap pasukan bertanding jelas lebih kuat berbanding tahun lalu berdasarkan para pemain import mereka miliki dan ia sedikit menjejaskan kami untuk terus konsisten.

“Walaupun begitu, mereka masih lagi sentiasa yakin dengan kemampuan yang ada dan saya akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap pemain,” jelas Maniam.

Selain itu, bekas jurulatih Selangor ini juga sering memberi nasihat kepada para pemain supaya sentiasa mempercayai diri dan rakan sepasukan untuk membentuk kombinasi terbaik ketika beraksi.

Pada masa sama, Maniam juga mengakui lawan mereka pada malam ini iaitu Kedah Darul Aman (KDA) sangat kuat berdasarkan kualiti pemain dimiliki mereka.

“Saya ada merangka beberapa taktikal yang ingin diterapkan buat para pemain menjelang aksi bertemu KDA.

“Sekiranya para pemain saya mampu menterjemahkan dengan baik pada malam ini, saya yakin kami mampu untuk sekurangnya membawa pulang mata dari gelanggang lawan,” terang pengendali berusia 53 tahun itu.

Ketika ditanya mengenai bintang muda mereka iaitu V. Ruventhiran, jurulatih tersebut jelas berbangga dengan pencapaian pemain tersebut yang berjaya melayakkan diri bersama skuad kebangsaan.

“Dengan pencapaian positif dicapai oleh pemain muda tersebut ketika ini, saya mahu menasihatkan agar Ruventhiran agar tidak lalu terleka. Beliau peru melipat gandakan usaha agar terus konsisten untuk bergelar sebagai pemain yang serba lengkap,” nasihat Maniam kepada pemain muda itu.

Kami juga sempat bertanyakan soalan kepada Maniam mengenai pemain mana yang paling beliau ingin bekerjasama pada masa hadapan.

“Hazwan Bakri sudah tentu, seorang penyerang tempatan yang boleh saya katakan sangat berkualiti dan kaki kirinya sangat padu.

“Kehadiran Hazwan pastinya akan mengurangkan sedikit masalah kami di bahagian serangan dan boleh menyerlahkan kembali karier sekiranya diberi lebih peluang,” puji Maniam kepada Hazwan.

Bekas pemain Selangor itu juga mengucapkan terima kasih kepada para penyokong PJ City yang tidak putus-putus memberi sorakan buat pasukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas usaha mereka yang sentiasa hadir untuk memberi suntikan motivasi buat para pemain.

“Jika diimbas pada aksi lalu sewaktu kami berjaya mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT), para penyokong menjadi salah satu faktor mengapa para pemain PJ City mampu mencatat keputusan positif.

“Oleh itu, saya berharap agar ada barisan penyokong yang hadir pada perlawanan malam ini untuk terus memberi sorakan buat pemain di Stadium Darul Aman (SDA),” kata pengendali tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN