EKSKLUSIF: Ini Sebab Kenapa Luqman Hakim Belum Ke Belgium

Semuanya BOLA berjaya mendapatkan penjelasan tentang Luqman Hakim yang sehingga ke hari ini masih belum terbang ke Cardiff. Dan dari sana beliau sebelum ini dijadualkan akan berlepas ke Belgium.

Namun sehingga ke hari ini, Luqman Hakim masih berada di Malaysia, sedangkan 5 Mac adalah harijadinya.

Berikut adalah penjelasan daripada sumber yang boleh dipercayai tersebut:

Perancangan awal

Selepas pengumuman pada sidang media yang berlangsung di Berjaya Time Square tahun lalu, pihak pengurusan telah menyusun atur jadual Luqman Hakim.

Berdasarkan perancangan awal, Luqman Hakim sepatutnya sudah terbang ke Eropah pada 2 Januari 2020. Dan Luqman Hakim akan duduk di Cardiff dalam dua bulan setengah.

Dan selepas itu, seminggu sebelum harijadinya ke-18 beliau (5 Mac 2020) beliau akan tiba di Belgium.

2 minggu selepas harijadinya, dalam 17 Mac, beliau sudah boleh menandatangani kontraknya bersama dengan K.V Kortijk.

Perancangan ditunda

Namun perancangan itu diubah atas permintaan daripada pihak Luqman Hakim. Ini kerana pihak pengurusan Malaysia B-19, mahu memanggil Luqman Hakim untuk menyertai latihan pusat serta menyertai satu kejohanan B-19.

Jadi, adalah lebih baik kalau pelan asal itu diubah. Kerana, jika Luqman Hakim tiba di Cardiff hanya untuk beberapa minggu, dan kembali semula ke Malaysia – adalah lebih baik dia terus kekal di Malaysia dahulu.

Ini untuk membolehkan Luqman Hakim melaksanakan tugasan B-19 terlebih dahulu.

Isu visa

Selain itu, mereka juga dimaklumkan oleh pihak di Cardiff, jika Luqman Hakin mahu tinggal di Cardiff selama dua bulan setengah tanpa visa bekerja, dan hanya menggunakan visa lawatan, ianya tidak dibenarkan.

Namun mereka yakin perkara itu boleh diselesaikan, cuma ia akan mengambil masa. Oleh itu, mereka setuju untuk membenarkan Luqman Hakim terus kekal di Malaysia buat sementara waktu.

Luqman Hakim Malaysia B-18 AFF B-18
FOTO: NFDP

Dan atas selepas mendapatkan pandangan daripada seorang peguam di Cardiff, beliau juga mencadangkan perkara yang sama, iaitu lebih baik Luqman Hakim kekal dahulu di Malaysia, supaya nanti tak terlalu lama tinggal di Cardiff, tanpa visa pekerja.

Lalu, mereka menyusun jadual baharu perjalanan Luqman Hakim ke Cardiff City pada 27 Februari.

Tak jadi tugasan B-19

Namun selepas susunan semula itu, tiba tiba mereka dimaklumkan bahawa tugasan untuk B-19 dibatalkan, dan mereka tidak pasti atas sebab apa.

Namun mereka memberikan kelonggaran kepada Luqman Hakim menyertai kem latihan Selangor untuk mengekalkan kecergasannya.

Minggu lalu, ibu bapa Luqman sudah bersedia untuk menghantar anak mereka ke lapangan terbang – untuk penerbangan 27 Februari.

Isu koronavirus 

Malangnya, perjalanan itu terpaksa dibatalkan kerana isu koronavirus. Apabila berlaku isu ini ianya agak sukar. Kerana perjalanan Luqman Hakim adalah dari KL ke Cardiff. Dan dari Cardiff, Luqman akan menaiki tren merentasi Lille sehinggalah tiba ke Belgium.

Ketika ini, negara di UK sangat ketat peraturan keluar masuk terutama sekali melibatkan pelawat dari Asia.

Jadi, semua perancangan itu sekarang ini semua ditunda. Dan mereka masih mencari satu lagi tarikh baharu untuk Luqman Hakim terbang ke Belgium.

Jangan risau

Kami juga dimaklumkan bahawa, perancangan untuk membawa Luqman Hakim ke Belgium masih berjalan, walaupun ada banyak halangan pada ketika ini.

Malah mereka juga agak simpati dengan Luqman Hakim yang kelihatan sangat sudah tak sabar untuk ke Belgium.

Spekulasi Luqman Hakim ke Selangor?

Berkenaan dengan spekulasi mengaitkan Selangor ‘menyailang’ Luqman Hakim, sumber tersebut menyatakan, ianya buat masa ini hanya spekulasi dan tidak tepat.

Malah, Selangor sendiri tidak mendaftarkan nama Luqman Hakim dalam mana-mana pasukan mereka termasuk pasukan Selangor FA II.

Perancangan pembangunan bakat

Berkenaan dengan perancangan pembangunan bakat Luqman Hakim di Belgium, pihak pengurusan beliau yakin kontrak 5 tahun adalah yang sebaiknya.

Penyerang prolifik skuad Malaysia B-16, Luqman Hakim. FOTO: Foxsport

Ini mengambil kira pembangunan yang sebaiknya termasuk pembangunan fizikal dan sebagainya. Jika hanya dua tahun, ianya tidak cukup. Kerana beliau pastinya akan diletakkan dekat pasukan pembangunan terlebih dahulu.

Dan Luqman Hakim mungkin tak akan mampu bermain dalam pasukan utama K.V Kortijk jika masa hanya dua tahun.

Masa lima tahun akan membolehkan Luqman Hakim membangun dengan lebih baik dalam tempoh yang cukup, dan cuba untuk mengintai tempat dalam pasukan utama pada suatu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN