EKSKLUSIF: Aidil Sharin Beri Sebab Kenapa Fayadh Zulkifli Sering Mula Sebagai ‘Supersub’

Fayadh Zulkifli seperti diketahui ramai para penyokong bola sepak tempatan merupakan pemain serangan Kedah Darul Aman (KDA) yang sangat lincah di atas padang.

Setelah ketiadaan Akhyar Rashid yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2019, ianya membuka peluang buat Fayadh pula untuk menyerlahkan diri bersama KDA di peringkat senior.

Walaupun bertubuh agak kecil, pemain ini berjaya menggunakan segala kelebihan dimiliki dari segi kepantasan dan kawalan bola yang baik untuk memperdayakan pertahanan lawan.

Musim ini boleh dianggap Fayadh telah berjaya meningkatkan lagi kualiti permainan beliau dari segi aspek ketajaman di hadapan gawang gol sebagai salah seorang penjaring terbanyak KDA.

Sehingga kini, Fayadh telah pun meledak 10 gol secara keseluruhan buat KDA dalam semu kejohanan disertai pada musim 2022.

Menurut Aidil Sharin Sahak selaku pengendali KDA, beliau menganggap Fayadh sebagai salah seorang bakat istimewa pernah ditemui sepanjang bergelar jurulatih bola sepak profesional.

Jelas Aidil, kelebihan dimiliki Fayadh yang berkemampuan mengawal bola dengan baik merupakan salah satu ciri pemain penting diperlukan dalam skuad kendaliannya.

“Pada pendapat saya, Fayadh merupakan pemain yang sangat istimewa dalam skuad kendalian saya sejak beberapa musim ini.

“Pemain ini jelas meningkat dari segi prestasi pada setiap musim dan ciri beliau yang mampu mengawal bola dengan baik menjadikan Fayadh sebagai seorang sangat istimewa buat pasukan.

“Pada awal-awal musim saya bersama KDA, pembantu jurulatih iaitu Victor Andrag telah memperkenalkan saya kepada pemain ini dan Fadzrul Danel dalam sesi latihan skuad presiden,” jelas Aidil kepada kami.

Pada masa sama, Aidil mengakui beliau mempunyai sebab tersendiri mengapa Fayadh sering dimasukkan sebagai pemain gantian buat pasukan.

Kelibat Fayadh ketika ini seperti diketahui ramai, beliau sangat jarang diturunkan selaku pemain kesebelasan utama dalam mana-mana perlawanan.

Jelas Aidil, pemain lincah ini bukannya tidak pernah diberi peluang untuk beraksi dalam senarai kesebelasan utama sebelum ini.

Namun, pengendali dari Singapura ini akui Fayadh gagal memberikan impak terbaik dalam permainan seperti mana beliau diturunkan sebagai pemain gantian.

“Dalam beberapa perlawanan bukannya saya tidak mahu untuk turunkan Fayadh selaku pemain kesebelasan utama, tetapi saya lebih mengenali ciri-ciri pemain saya.

“Fayadh sehingga kini lebih sesuai diturunkan selaku pemain gantian kerana impaknya lebih besar untuk membantu serangan KDA pada separuh masa kedua.

“Saya juga bertanya kepada Fayadh sebelum itu, awak nak jaringkan gol seperti selalu atau beraksi dalam kesebelasan utama yang awak sendiri sedar hasilnya.

“Mujur Fayadh sendiri jenis memahami dan ya, beliau antara pemain paling positif untuk mendengar segala arahan serta kerap membuat latihan ekstra untuk diri sendiri,” tambah Aidil.

Ketika ditanya mengenai masa depan Fayadh bersama skuad kebangsaan, Aidil Sharin mempunyai jawapan tersendiri tentang karier pemain itu di pentas antarabangsa.

“Fayadh masih muda. Setakat ini posisi yang dimainkan beliau mempunyai persaingan cukup sengit. Akhyar, Safawi, dan Arif Aiman sangat hebat.

“InsyaAllah, tiba masanya untuk Fayadh suatu hari nanti. Apa diperlukan beliau adalah jangan sesekali mengalah dan terus berusaha untuk menonjolkan diri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN