Nama Anthony Martial terus dikaitkan dengan beberapa kelab ternama di Eropah. Sebelum ini laporan akhbar Itali menyatakan wakil dari Juventus ada bertemu dengan pemain tersebut untuk mendapatkan khidmat beliau.
Juventus dilaporkan sedang mengikuti secara rapat perkembangan pemain itu. Namun ejen kepada Anthony Martial, Philippe Lamboley menafikan akan hal tersebut. Lamboley menyatakan:
“Saya boleh katakan laporan yang menyatakan saya ada bertemu dengan wakil dari Juventus untuk membincangkan perpindahan Martial adalah tidak benar. Saya tidak ada bertemu dengan mana-mana wakil dari Serie A buat masa ini.”
Ditanya sama ada Anthony Martial akan kekal di Manchester United selepas ini? Lamboley tidak pasti akan hal itu. Martial masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Old Trafford buat masa ini.
“Adakah dia akan kekal di Manchester United pada musim panas nanti? Buar masa ini, saya tidak boleh memberikan anda sebarang jaminan untuk hal itu.”
Lamboley akan cuba yang terbaik untuk membantu kliennya itu dalam menentukan masa depan beliau. Martial sukar untuk menjadi pemain utama dalam skuad Jose Mourinho.
Namun begitu, pemain tersebut telah menjaringkan 11 gol dan 10 bantuan gol setakat ini dalam 40 perlawanan pada musim ini.
Anthony Martial menyertai Manchester United pada 2015 dengan yuran perpindahan £36 juta dari AS Monaco. Beliau adalah pemain yang pernah digelar Thierry Henry baru oleh peminat.