Ejen Gareth Bale Tempelak Sikap Biadap Zinedine Zidane

Kenyataan terbaru Zinedine Zidane mendapat perhatian banyak pihak. Ramai yang kecewa dengan cara pengurus tersebut membuat kenyataan media berhubung dengan masa depan Gareth Bale.

Zidane – selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Bayern Munich – menjawab soalan wartawan yang bertanya kenapa Gareth Bale tidak bermain.

Zidane berkata: “Bale tidak beraksi dalam perlawanan hari ini kerana beliau semakin hampir pergi meninggalkan pasukan ini.”

“Kami berharap beliau akan pergi secepat mungkin, jika [dapat] pergi esok, ianya pasti lebih baik. “Kami juga sedang mengusahakan urusan perpindahan keluar beliau ke pasukan baharu.”

Ejen kepada Gareth Bale, Jonathan Barnett jelas kecewa dan marah dengan komen Zidane.

Menurut Barnett, Zidane telah bersikap biadap ke atas pemain yang memiliki legasi luar biasa dalam sejarah kelab Real Madrid.

“Zidane memalukan. Beliau tidak menunjukkan sebarang rasa hormat kepada spemain yang telah banyak berjasa kepada Real Madrid.”

“Dan jika selepas ini Gareth angkat kaki, ianya kerana ada tawaran yang terbaik, bukannya kerana akur kepada desakan Zidane.”

Masa hadapan Gareth Bale sudah dinyatakan oleh Zidane sebelum ini, bahawa pemain itu tidak ada dalam perancangan beliau.

Namun begitu, Gareth Bale enggan meninggalkan Real Madrid kecuali pasukan itu membayar kesemua baki gaji pada kontrak beliau.

Halangan terbesar kelab lain untuk mendapatkan Bale adalah faktor gaji pemain tersebut yang terlalu tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN