Ejen Dedahkan Ozil Tolak Tawaran Tidak Masuk Akal Daripada Kelab Asia

Bintang Jerman, Mesut Ozil  dikatakan menolak ‘tawaran tidak masuk akal’ bernilai £1 juta (RM5.4j) seminggu daripada kelab Asia demi kekal di Arsenal menurut laporan daripada Standard UK.

Ejen kepada pemain berusia 30 tahun itu mendedahkan mereka telah mendapat tawaran yang ‘gila’ dan sangat lumayan daripada sebuah kelab dari Asia.

“Kami mempunyai beberapa tawaran hebat dari Asia, ada beberapa tawaran yang gila. Tetapi, bagi Mesut, wang bukanlah faktor terbesar.

“Wang pasti menjadi salah satu aspek penting untuk dipertimbangkan, namun orang harus ingat bahawa kemampuan bola sepak hanyalah salah satu elemen penting dalam rundingan kontrak. Impak komersial pemain bola sepak pada masa kini penting,” katanya.

Ozil kini bersetuju dengan perjanjian baru dengan The Gunners, Februari lalu, yang dikatakan bernilai sekitar £300,000 (RM1.6j) seminggu selepas beberapa bulan spekulasi mengenai masa depannya berlanjutan.

Mesut Ozil merupakan salah satu aset terpenting Arsenal

“Mesut mempunyai pengikut yang terbesar di media sosial berbanding mana-mana pemain Liga Perdana yang lain manakala saya baru terbaca bahawa (jualan ) jersi dengan namanya adalah yang tertinggi di kelab ini. Pada penghujung hari, semua maklumat ini perlu dipertimbangkan.

“Jadi, impak yang dicetuskan pemain seperti Mesut mempunyai impak komersial yang sangat besar bagi seorang pemain yang bermain di negara luar dan merupakan pemain berjersi nombor 10 dari Jerman yang pernah memenangi Piala Dunia. Pasarannya ada di seluruh dunia. Kelab juga menjana keuntungan dengan pemain seperti ini.” jelasnya wakilnya, Dr Erkut Sogut.

Ozil, yang menyertai Real Madrid pada 2013, kini komited bersama Arsenal sehingga 2021 dan terdapat cadangan yang dia mungkin kekal di Stadium Emirates sepanjang kariernya.

Sogut berkata rasa cinta pemain itu terhadap kelabnya merupakan faktor penting di sebalik keputusannya untuk kekal.

“Ia lahir daripada hatinya,” katanya.

“Kami bebas untuk mengikat kontrak dengan kelab lain dan pada akhirnya, Mesut mencintai kelab ini. Saya menyerahkan segala keputusan kepadanya dan dia hanya berkata, ‘Ini rumah saya, saya mahu berada di sini’.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN