Ejen Dedah Semakin Ramai Pemain Asing Mahu Beraksi Di Liga Malaysia

Pengarah Sukan I One Sports Agency, Syed Qamarul Firdaus Samat yang merupakan salah seorang ejen bola sepak berdaftar di Liga Malaysia, memberitahu, beliau semakin didatangi ramai pemain luar negara sejak beberapa musim lalu yang mahu mencuba nasib beraksi di sini.

Faktor pengurusan liga yang efisien dan profesional berbanding beberapa negara di Asia Tenggara lain menjadikan Malaysia kini sebagai destinasi pilihan utama pemain-pemain selain tidak berdepan isu tunggakan gaji yang terlalu serius.

Malah, kekuatan sumber kewangan yang dimiliki sebahagian besar pasukan di Liga Super menjadikan Liga Malaysia berjaya menarik pemain berkualiti yang berstatus pemain kebangsaan untuk datang ke sini.

Diogo Luis Santo dan Mauricio, pemain import JDT. FOTO: MFL

“Sepanjang pengalaman saya, semua pemain import yang mahu datang ke rantau ini pasti akan memilih sini (Malaysia) atau ke Thailand terlebih dahulu sebelum jadikan liga negara lain sebagai pilihan kedua.

“Tambahan apabila MFL melonggarkan syarat kelayakan pemain import sejak musim ini, saya dihujani banyak pertanyaan termasuk dari Jepun dan Korea Selatan yang mahu menimba pengalaman beraksi di sini.

“ Pasukan-pasukan seperti Pahang, JDT, Terengganu, Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur ada daya penarik yang kuat mendapatkan pemain-pemain berkualiti kerana ada bajet yang baik.

Patrick Reichelt, pemain import dari Filipina yang menyinar bersama Melaka United. Foto: MUSA

“Isu tunggakan gaji di negara kita tidaklah terlalu kritikal kalau hendak dibandingkan dengan liga lain kerana walaupun ada pasukan yang berlaku kelewatan pembayaran tetapi kesudahannya mereka tetap akan bayar kepada semua pemain, ” katanya.

Syed Qamarul dalam masa sama meminta peminat bola sepak negara bersikap rasional terhadap Malaysian Football League(MFL) kerana beliau menyifatkan mutu bola sepak di sini jauh lebih baik berdasar pengalamannya mengikuti perjalanan liga-liga lain di rantau ini.

Walaupun tidak sempurna dalam semua aspek tetapi sekurang-kurangnya penganjuran Liga Malaysia layak diberi pengiktirafan sebagai profesional kerana banyak perkara dititikberatkan agar semua pasukan mampu mematuhi undang-undang.

“Apa yang MFL buat sekarang ini bagus dan banyak perkara kita buat di sini membuktikan liga kita ada piawaian tersendiri, saya boleh katakan sebegini sebab saya sendiri ada mengikuti perlawanan liga lain di rantau ini.

Kpah Sherman melonjak tinggi dalam perebutan bola di udara ketika perlawanan Shopee Piala FA 2019 antara PKNS FC bertemu Melaka United di Stadium Shah Alam. FOTO: PKNS FC

“Siapa yang tidak pernah pergi menyaksikan perlawanan di liga luar (rantau Asia) mesti akan cakap MFL tidak bagus kerana mereka kebanyakan tiada pengalaman lihat kualiti pengurusan di sana.

“Ada yang sampai jadual tidak lengkap, lampu limpah stadium kusam atau tidak cukup terang dan nama senarai pemain pun sekadar ditulis dengan tangan, berbeza dengan suasana di sini.

“MFL sebenarnya sudah berada satu takuk di atas dan peminat bola sepak negara perlu lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN