Ejen Dedah Lukaku Pertimbang Perpindahan Ke Itali Musim Panas Ini

Ejen kepada Romelu Lukaku mendedahkan penyerang Manchester United itu sedang mempertimbangkan untuk beraksi di Itali pada musim hadapan.

Lukaku menyertai Manchester United daripada Everton dengan nilai £75 juta pada 2017. Dan sejak daripada itu, penyerang berusia 25 tahun ini telah menjaringkan 42 gol dari 90 penampilan di semua pertandingan.

Menurut Federico Pastorello – ejen kepada Lukaku – pemain itu sentiasa mempunyai keinginan untuk beraksi di negara lain.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Romelu Lukaku of Manchester United celebrates after he scores the opening goal during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, . (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

“Pada masa ini fokus beliau [Lukaku] ialah untuk menamatkan musim ini, ujar Pastorello kepada Sky Sports.

“Saingan untuk menduduki tangga ketiga dan keempat di England sangat sengit. Buat masa ini kita kena tunggu dan lihat apa yang akan berlaku di akhir musim.

“Ini adalah musim kedua beliau di sini, dan beliau masih memiliki baki tiga tahun kontrak. Kita kena tunggu. Lukaku adlah pemain yang gemarkan budaya yang berbeza dan bola sepak yang berlainan.

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 24: Romelu Lukaku of Man Utd in action during the Premier League match between Manchester United and Crystal Palace at Old Trafford on November 24, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

“Beliau sentiasa mahu beraksi di pelbagai negara kerana ia membenarkan beliau menjuarai pelbagai kejuaraan dan untuk membuktikan kemampuan diri. Ia sesuatu yang boleh dikisahkan kepada anak cucu satu hari nanti.

“Semuanya [masa depan] amat terbuka. Buat masa ini tiada perbincangan dilakukan kerana saingan musim ini sedang berada di saat genting,” tambah beliau lagi.

Spekulasi perpindahan sering kali digunakan oleh ejen-ejen untuk menambahbaik kontrak pemain – termasuk dari segi bayaran.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dari Manchester United mengenai perkhabaran terbaru ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN