Ejekan Perkauman: Presiden Persekutuan Bola Sepak Bulgaria Letak Jawatan

Presiden Persukutuan Bola Sepak Bulgaria (BFU), Borislav Mihaylov dilaporkan telah melepaskan jawatannya susulan ejekan perkauman oleh penyokong Bulgaria kepada pemain England berkulit hitam.

Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov dalam kenyataannya pada pagi Selasa mengutuk sekaras-kerasnya tindakan tidak bertamadun itu dan  mahu Mihaylov bertanggungjawab di atas kejadian memalukan tersebut dalam beberapa perlawanan bola sepak sebelum ini.

“Saya mendesak Borislav Mihaylov segera letakkan jawatan selaku presdien BFU!” tulis Borissov dalam hantaran Facebook selepas kejadian memalukan dalam perlawanan pada Isnin yang ditonton menerusi televisyen dan media sosial di seluruh dunia.

“Perkara sedemikian tidak boleh diterima oleh Bulgaria, salah sebuah negara yang mempunyai toleransi yang terbaik di dunia. Masyarakat yang berbilang kaum dan agama boleh hidup dengan aman dan harmoni. Kami tidak akan sesekali bertolak ansur dengan perkauman sempit dan xenophobia.

Pemain sayap England, Raheem Sterling, salah seorang pemain berkulit hitam yang beraksi dalam perlawanan itu memuji ketegasan Perdana Menteri berkenaan.

“Satu langkah terpuji, kredit buat kamu M. Borissov,” ciap pemain Manchester City itu dalam akaun Twitter beliau.

Dalam perkembangan lain, Menteri Sukan Bulgaria berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk menghentikan kerjasama dengan BFU termasuk bantuan kewangan.

Dalam perlawanan kelayakan EURO 2020 menentang England pada Isnin, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan dua kali selepas terdapat ejekan bunyi monyet sekalipun UEFA telah pun mengarahkan sebahagian tempat duduk di Stadium Vasil Levski ditutup.

Namun demikian perlawanan tersebut tetap diteruskan dan menyaksikan England menang 6-0 mengatasi pasukan tuan rumah.

Jurucakap BFU, Hristo Zapryanov nyata kurang senang dengan ‘campur tangan’ kerajaan dalam hal bola sepak termasuk mengarahkan presidennya meletakkan jawatan.

“Kerajaan tidak ada hak untuk masuk campur sebarang hal berkenaan bola sepak. BFU tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kebiadaban sekumpulan penyokong yang bersikap samseng.” kata Zapryanov.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN