Eidur Gudjohnsen Gusar Eden Hazard Bakal Tinggalkan Chelsea Selepas Hadapi Musim Yang Hambar

Gudjohnsen

Hanya menamatkan saingan musim ini di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sekaligus gagal menempatkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan telah menggusarkan bekas penyerang Chelsea, Eidur Gudjohnsen.

Bekas penyerang The Blues sekitar tahun 2000 hingga 2006 itu risau Chelsea bakal kehilangan khidmat antara pemain paling bernilai buat ketika ini iaitu Eden Hazard.

Nama Eden Hazard juga seringkali dikaitkan dengan gergasi Sepanyol Real Madrid terutamanya pada jendela perpindahan musim sejuk yang lalu.

”Saya harapkan begitu (Eden Hazard kekal di Stramford Bridge). Saya takut, saya takut tetapi mungkin juga tidak tetapi dari apa yang saya fahami kelihatannya dia sangat gembira ketika ini.”

”Dia mahu tahu kemana haluan yang akan dituju Chelsea, arah mana, jurulatih mana yang akan tiba, sama ada Conte kekal atau orang lain.”

”Ia banyak bergantung kepada bagaimana cara Chelsea membentangkan masa depan bagi meyakinkannya bahawa dia perlu kekal di sana dalam tempoh yang lama.”

LONDON, ENGLAND – MAY 19: Eden Hazard of Chelsea celebrates with the Emirates FA Cup Trophy following his sides victory in The Emirates FA Cup Final between Chelsea and Manchester United at Wembley Stadium on May 19, 2018 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Ia merupakan musim (2017/18) yang mengecewakan.”

”Walaupun berjaya memenangi Piala FA, merupakan hari yang hebat buat para peminat, trofi yang penuh dengan sejarah tetapi untuk Chelsea, tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah atau tidak berada di kedudukan empat terbaik merupakan satu perkara yang mengecewakan,’  jelas Gudjohnsen lagi.

Selepas mengecapi pencapaian hebat dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu, Chelsea sedikit dirundung malang apabila hanya mampu melayakkan diri ke Liga Europa pada musim hadapan.

Awal bulan lalu, Hazard menegaskan bahawa beliau gembira berada di Stamford Bridge walaupun Chelsea gagal beraksi dalam saingan UCL musim hadapan.

Eidur Gudjohnsen pernah membantu Chelsea meraih dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut pada musim 2004/05 dan 2005/06.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Barcelona untuk meraih tiga kejuaraan semusim (treble) pada musim 2008/09 apabila menjuarai La Liga, Copa Del Rey dan Liga Juara-Juara Eropah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN