Jika Arsenal ditakdirkan terlepas kejuaraan Premier League musim ini, Mikel Arteta seharusnya mengambil tanggungjawab atas ego dirinya sendiri.
Mereka kini sudah hilang momentum yang pernah dikecapi mereka. Ada satu ketika, mereka dilihat jauh meninggalkan pencabar, Manchester City.
Kini, menghampiri ke penghujung musim, Man City berhasil memintas mereka di takhta liga dengan memiliki kelebihan satu mata dan satu perlawanan di tangan. Malah, aksi ‘penentuan’ di antara kedua-duanya pada Khamis menjadi milik The Citizens dengan kemenangan mutlak 4-1.
Adakah The Gunners sudah terlepas kejuaraan? Menurut Arteta perlumbaan untuk kejuaraan masih belum berakhir kerana masih ada aksi yang berbaki.
“Apa yang kami perlu lakukan adalah lupakan apa yang berlaku minggu lalu. Belajar daripadanya dan maju ke depan dengan pertarungan sengit di laman sendiri, di depan penyokong sendiri, derbi London dan memperbetulkan semula keadaan,” ungkapnya di sidang media pra perlawanan, semalam.
✊ 𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛𝘿𝘼𝙔
🆚 Chelsea
🕗 8pm (UK)
🏟️ Emirates Stadium
🏆 Premier League pic.twitter.com/FGbBi7rT4X— Arsenal (@Arsenal) May 2, 2023
Arsenal akan berdepan Chelsea di Emirates pada awal pagi nanti untuk aksi ke-34. Mereka tiada pilihan untuk tewas lagi dalam baki lima perlawanan.
Arteta bersikap ego?
“Anda perlu faham, di mana kami bermula sebelum ini. Kami perlu kekal setia dengan pendekatan yang telah membawa kami ke kedudukan sekarang,” ungkapnya selepas kekalahan keempatnya musim ini ke atas Man City.
Ada sesetengah pihak mengatakan ini adalah satu kenyataan bersifat ego daripada Arteta. Beliau juga degil dengan pendekatan yang digunakannya waima ia sudah tidak memberikan hasil memberangsangkan kepadanya.
Menurut Rio Ferdinand ketika bercakap tentang perlawanan tersebut kepada BT Sport, beliau hairan mengapa pengendali tersebut kekal dengan pendekatannya walaupun sedang ketinggalan. “Musim ini sudah tiga kali Arteta berdepan Pep [Guardiola] dan mereka kalah kesemuanya, serta dia langsung tidak ubah apa-apa [berkaitan pasukannya],” kata Ferdinand.
“Perubahan boleh berlaku dalam perlawanan, tetapi hari ini ia tidak berlaku. Adakalanya situasi sebegini boleh merampas segalanya-galanya daripada anda. Saya rasa ini yang berlaku kepada mereka hari ini,” tambahnya.
Arteta has the ego of Mourinho, the playstyle of Allardyce, and the managerial ability of Tim Sherwood
— Sam (@Afcsammmm) August 21, 2021
Ada yang mengatakan Arteta sama seperti Jose Mourinho dari segi ego. Dan anda tahu bagaimana sifat Mourinho yang dianggap narsisistik.
Untuk mengatasi Chelsea, ada yang mencadangkan agar pengendali kelahiran Sepanyol itu agar membuat perubahan barisan pemainnya.
Arteta perlu tekan butang ‘reset’
Menurut artikel di The Athletic, Arsenal dan Arteta khasnya sudah perlu menekan butang set semula. Momentum mereka di bulan April telah merentap segalanya daripada mereka. Mereka menang sekali, seri tiga kali dan tewas sekali. Mereka akhirnya telah berada di belakang Man City.
“Kami telah melakukan perubahan sebelum ini dan ia tidak menjamin apa-apa pun kepada anda,” ujar Arteta di Etihad tentang pendekatannya.
Menurut penulisnya, Art de Roche, mungkin beliau boleh kekal setia dengan pendekatannya tetapi tidak salah mencuba pemain lain di tangannya.
Arsenal need to find momentum again vs Chelsea tomorrow
Feels like the time to freshen up the starting XI a bit as Arteta can still be “loyal” to the approach that got Arsenal here with different personnel while getting back to basicshttps://t.co/6IwEFhR93r
— Art de Roché (@ArtdeRoche) May 1, 2023
Tetapi beliau sedar yang Arteta bukanlah pengendali yang gemar membuat perubahan kepada skuadnya, “perubahan besar bukanlah gaya Arteta.”
Menurut Opta, perubahan besar yang dilakukannya musim ini hanyalah tiga dan ia berlaku dalam dua perlawanan – Brentford dan Bournemouth.
Selain itu, beliau merupakan pengendali yang paling kerap tidak melakukan sebarang perubahan ke atas kesebelasan utamanya, 12 perlawanan.
Sebagai jurulatih yang semakin matang, Arteta wajar tukar pendekatannya untuk mengelirukan lawan. Perlu juga ada sifat kejam dalam dirinya saat menentukan kesebelasan utama. Yang tidak berprestasi perlu diketepikan.
Perlu atau tidak Arteta mempertimbangkan perkara ini? Atau terus kekal dengan pendekatan sama seperti mana yang diterapkannya sebelum ini?