Ego England FA Pada 10 Tahun Lalu Punca Skandal Korupsi Perpindahan Pemain

Satu dunia digemparkan dengan pembongkaran The Telegraph mengenai isu integriti pengurus-pengurus di England yang memanipulasi peraturan perpindahan pemain untuk meraih kepentingan peribadi.

Pembongkaran The Telegraph ini membuatkan Sam Allardyce terpaksa melepaskan jawatan ‘impian’ beliau.

Seluruh bola sepak England mendapat malu dan menjadi bahan jenaka. Malunya seakan-akan telah mengatasi malu disingkirkan Iceland daripada Piala Eropah 2016 yang lalu.

Ada 8 pengurus EPL terlibat lagi

Seorang bekas ejen pemain, Pino Paglaria (gambar bawah) menyatakan ada 8 nama pengurus Liga Perdana Inggeris yang ada sekarang terlibat dalam pengambilan ‘bungs’ ataupun wang suapan.

57eb965f1700004007ac7bd2

Paglaria berkata, hampir setiap kali perpindahan pemain, pengurus akan bertanya kepada ejen:

“Ada sedikit duit untuk saya?”

Paglaria biasanya menjawab:

“OK. Duit itu akan saya uruskan sekali nanti.”

Kenyataan Paglaria yang dirakam secara rahsia ini turut diterbitkan dalam akhbar The Telegraph.

Untuk pengetahuan anda, Paglaria adalah bekas ejen pemain yang sudah digantung oleh FA England dan FIFA kerana terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Sesuatu yang mengejutkan tentang Pino Paglaria adalah, beliau mengakui masih terlibat secara tidak langsung dalam perpindahan pemain walaupun digantung.

Berikut adalah klu 8 pengurus yang diberikan oleh Paglaria.

Pengurus 1

Pino Paglaria kata bekas bos pasukan besar ini gemar menggunakan akaun bank Swiss. Paglaria berkata:

“Setiap kali saya hubungi dia, dia akan bertanya: Berapa banyak, Pino? Saya pun bertanya, ia akaun bank Swiss yang sama? ”

Pengurus 2

Paglaria mendakwa pengurus 2 ini pernah mengemudi pasukan EPL.

“Duit kopinya begitu banyak sehinggakan perangai beliau mengalahkan orang putih.”

Pengurus 3

Menurut Paglaria, pengurus ini kerap dipecat.

Pengurus 4

Paglaria sangat mengenali pengurus 4 yang sangat berjaya dalam Liga Perdana Inggeris ini. Beliau selalu bertanya ‘ada sedikit duit kopi untuk saya, Pino?’ setiap kali perpindahan pemain yang melibatkan Paglaria selesai.

Pengurus 5

Pengurus 5 ini merupakan bekas pengurus Liga Perdana Inggeris. Beliau juga kerap menggunakan akaun bank Switzerland untuk menyembunyikan duit kopinya.

Pengurus 6

Pengurus 6 ini merupakan seorang bekas pemain yang kini menjadi pengurus. Berbanding pengurus lain, pengurus 6 yang paling taksub dengan duit kopi kerana gajinya yang agak kecil.

Pengurus 7

Menurut Paglaria, pengurus Liga Perdana Inggeris ini jenis yang paling senang dibawa berunding. Sebagai balasan, Paglaria akan menelefonnya terlebih dahulu jika ada pemain yang boleh dijual.

Pengurus 8

Seorang lagi ejen yang bernama Dax Price, mendakwa pengurus 8 ini menerima bayaran bulanan sehingga £4,000 daripada transaksi perpindahan pemain yang berjaya.

“Beliau juga pernah mendapat bayaran tambahan sebanyak £ 8,000 sebulan,” kata Price.

Sehari selepas laporan The Daily Telegraph tentang perbualan ini, Pino Paglaria menafikan beliau terlibat dalam pemberian duit kopi kepada mana-mana pengurus sepanjang beliau menjadi ejen.

England FA tutup mata

Isu ini sebenarnya pernah dibongkar oleh commissioner Lord John Stevens (gambar di bawah) pada 2006.

img

Lord Stevens dalam program BBC Panorama, ‘Undercover: Football’s Dirty Secrets’ mendesak agar England FA menyiasat Sam Allardyce dan anak beliau, Craig kerana disyaki terlibat dalam skandal perpindahan pemain.

Namun sambutan FA England agak hambar. Mereka tidak mengendahkan cabaran yang diberikan oleh Lord Stevens.

Lord Stevens terus menjalanan siasatan ke atas 362 transaksi perpindahan pemain. Ia pernah dilaporkan oleh The Telegraph pada 2007.

17 pemain yang disyaki berpindah dengan sistem korup:

4 pemain Bolton Wanderers di bawah kendalian Sam Allardyce: Tal Ben Haim, Ali Al Habsi, Julio Correa dan Blessing Kaku.

3 pemain Chelsea yang mendapat perlaburan mega daripada Roman Abramovich: Petr Cech dari Rennes, Didier Drogba dari Marseille dan Michael Essien dari Lyon.

didier-drogba

4 perpindahan pemain di Portsmouth yang dikendalikan Harry Redknapp: Collins Mbesuma, Benjani Mwaruwari dan Aliou Cisse.

4 perpindahan yang berlaku di Newacstle: Emre Belozoglu, Jean-Alain Boumsong, Amdy Faye dan Albert Luque.

2 perpindahan di Middlesbrough: Fabio Rochemback dan Aiyegbeni Yakubu.

Apakah tindakan England FA ke atas laporan Lord Stevens ini? 

Pada ketika itu, England FA memberikan respon acuh tak acuh ke atas laporan Lord Stevens ini.

Mereka berkeras mengatakan bahawa mereka tidak boleh terlalu campur tangan yang lebih dalam isu struktur dalam pengurusan sesebuah pasukan.

BURTON, ENGLAND - JULY 10: A sign to the St George's Park Football Centre is seen outside the main reception during a media event at St George's Park on July 10, 2012 in Burton, England. (Photo by Paul Thomas - The FA/The FA via Getty Images)

Dalam erti kata lain, England FA mencadangkan Lord Stevens tidak perlu menyibuk untuk menyiasat perkara-perkara seperti ini kerana ia bukan ‘jenayah’.

Lord Stevens menjadi kecaman ramai ejen bola sepak didakwa sengaja mahu menabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Respon FIFA ke atas laporan Lord Stevens

Bagi FIFA pula, mereka hanya akan campur tangan dalam isu tersebut hanya jika England FA yang memohon secara rasmi kepada FIFA untuk campur tangan.

ncs_modified20150527150240maxw640imageversiondefaultar-150529064

Malangnya, walaupun laporan Lord Stevens itu sudah lama dikeluarkan, sehingga kini pihak FIFA masih belum menerima sebarang pemohonan campur tangan daripada England FA.

Hanya selepas lebih 2 tahun laporan Lord Stevens dikeluarkan, barulah FIFA menerima pemohonan rasmi daripada FA England untuk membantu mereka menyiasat hal tersebut.

Apakah respon FIFA?

FIFA menjawab, ia terlalu lewat dan pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Ini adalah jawapan balas FIFA kepada surat permohonan FA England.

“Pihak FIFA telah mengkaji dengan teliti setiap kes individu, dan sudah dimaklumkan oleh FA (England) pada bulan September 2009. Bahawasanya dengan ini Jawatankuasa Status Pemain tidak akan mempertimbangkan aduan ini disebabkan oleh kelewatan masa.”– FIFA

Nampaknya, tidak ada istilah ‘better late than never‘ digunakan kali ini. Kedua-dua pihak seakan-akan tidak bersemangat untuk bekerjasama membanteras hal ini.

Kesimpulan

7 tahun selepas laporan Lord Stevens dikuburkan, hari ini England FA menjadi malu akibat sikap sambil lewa mereka terhadap penemuan laporan tersebut.

Salah guna kuasa yang dilakukan pengurus baru England, Sam Allardyce dalam video siasatan The Telegraph mendedahkan betapa teruknya isu ini sudah menular dalam bola sepak Inggeris.

screen-shot-2016-09-27-at-10-3

Jika mereka lebih pro aktif ketika laporan Stevens dikeluarkn pada 2006, isu ini mungkin tidak menjadi barah seperti yang ada pada hari ini.

Ingat! Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Baca juga : Selepas Sam Allardyce, Jimmy Floyd Hasselbaink Pula ‘Kantoi’ Salah Guna Kuasa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN