Sebagai liga bola sepak tertua di dunia, English Football League kini melangkah ke hadapan! Mereka menjenamakan semula PlayerHD sebagai IFollow.
IFollow ini merupakan laman penstriman berlesen dan sah. Ya, ia menyiarkan perlawanan EFL Championship, League One dan League Two. Namun tidak bagi EFL Carabao Cup dan Checkatrade Trophy.
Dengan 110 pound sterling (RM620), anda dapat menonton aksi-aksi perlawanan EFL.
Tetapi bukan semua kelab!
Berita buruk buat peminat Leeds United, Aston Villa dan QPR! Kelab anda antara tidak terlibat dalam IFollow.
14 kelab EFL tidak berminat untuk menyiarkan perlawanan secara langsung di IFollow. Sunderland contohnya menolak kerana gusar dengan kesan kewangan kelab.
Malah, Black Cats dikatakan pilihan utama penyiar rasmi televisyen untuk siaran langsung. Malah, sekiranya perlawanan EFL disiarkan secara langsung di kaca TV, perlawanan itu tidak akan disiarkan di IFollow.
Tindakan bijak?
Sukar digambarkan untuk musim permulaan ini. Tetapi EFL sanggup mempertaruhkan keberanian demi meraih peminat di serata pelusuk dunia.
Mana tidaknya, mereka pun bersaing dengan EPL yang meraih hasil jualan siaran di seluruh dunia.
Lihatlah, EFL siap memuatnaik senarai perlawanan yang bakal disiarkan di IFollow. Benar, ia untuk perlawanan pembukaan untuk musim 2017/18 pada hujung minggu ini.
Adakah Malaysia bersedia?
Belum lagi selagi perkara mustahak seperti WIFI tidak diperkasakan. Malah, jika konsep ini diperkenalkan, adakah peminat sanggup membayar walaupun dengan harga mahal?
Mungkin kita sudah terbiasa turun ke stadium atau menonton di hadapan TV. Jika ulasan secara langsung di radio, agak sukar untuk dilaksanakan.
Walaupun pernah dilaksanakan ketika masa dahulu.
Nota penulis: Rasanya nak cuba juga guna IFollow untuk tonton kelab kedua sokongan, Norwich City!