EFL Didesak Siasat Liverpool Serah Laporan Palsu Untuk Tangguh Perlawanan

EFL kini didesak untuk menyiasat Liverpool selepas terdapat aduan daripada beberapa kelab lain berkaitan ‘laporan tidak tepat’ yang diberikan kelab tersebut berkenaan keputusan ujian positif Covid-19 menjelang perlawanan separuh akhir menentang Arsenal yang ditangguhkan.

Beberapa kes jangkitan yang dijangka positif menyebabkan The Reds menutup sementara pusat latihan mereka sebelum ini. Malah pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan pembantunya Pep Lijnders turut diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Akibatnya Liverpool memohon untuk penangguhan perlawanan menentang Arsenal yang terpaksa disokong oleh EFL sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan UK.

Namun selepas perlawanan menenyang Shrewsbury di pertandingan FA Cup pada hujung minggunya pula, Klopp mengakui hanya ada seorang pemain yang memperolehi keputusan ujian positif Covid-19 – iaitu Trent Alexander-Arnold.

Kes-kes lain yang dijangka turut memperolehi keputusan positif pula menunjukkan keputusan negatif selepas ujian saringan dilakukan.

Berdasarkan pendedahan tersebut, The Atlhetic mendedahkan EFL telah menerima aduan daripada beberapa kelab yang tidak berpuas hati, dan mahu tahu tarikh sebenar Liverpool mengetahui keputusan negatif itu diperolehi.

Rasa tidak puas hati beberapa kelab adalah disebabkan sebelum ini permintaan mereka menangguhkan perlawanan disebabkan alasan yang sama ditolak oleh EFL – selagi memiliki skuad yang mencukupi untuk perlawanan dilangsungkan.

Pihak EFL berkemungkinan akan membuka siasatan terhadap Liverpool, dan hukuman berat bakal menanti sekiranya terdapat bukti kelab Merseyside itu cuba menangguhkan perlawanan tanpa alasan yang kukuh, atau dakwaan tidak benar mengenai kes positif Covid-19.

Liverpool dilaporkan telah menjalani dua pusingan ujian saringan, yang pertama ujian saringan secara lateral dan kedua dengan PCR. Bagaimana pun pemain yang disyaki positif hanya disahkan negatif pada pusingan ketiga ujian. Menjadi persoalan kini adalah bilakah ujian tersebut dilengkapkan.

Amat jarang ujian secara lateral menghasilkan keputusan ujian yang salah kerana menghasilkan 99.7% ketepatan. Bagaimana ujian ketiga hanya mengesahkan seorang pemain sahaja yang positif dan lainnya negatif menjadi pertanyaan kelab-kelab yang membuat aduan kepad EFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN