Seminggu lagi ataupun 7 hari lagi, adalah ulangtahun pertama Sunderland tersingkir dari EPL. Namun mereka sudah terpaksa menerima satu lagi penyingkiran.
Sunderland kini menghadapi 2 penyingkiran dalam 2 musim berturut-turut selepas tersingkir dari EPL pada musim lalu. Hasrat mereka untuk terus bangkit seperti seteru perit mereka, Newcastle, tidak kesampaian.
Mereka hanya pernah semusim sahaja bermain di divisyen ke-3 Inggeris iaitu pada 1987/88.
Jelas musim ini bukanlah musim yang terbaik untuk Sunderland. Mereka sudah sah beraksi dalam saingan EFL League One musim hadapan.
Nasib mereka ditakdirkan pada perlawanan semalam. The Black Cats menerima kunjungan pelawat, Burton Albion. Kedua-dua kelab berada di zon relegasi sebelum perlawanan semalam.
Keciciran
Pada minit ke-34, Paddy McNair menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Sunderland. Kelebihan satu gol itu dipertahankan Sunderland sehingga tamat separuh masa pertama.
Kelab itu dilihat bakal memenangi perlawanan dan menghidupkan peluang untuk kekal dalam EFL Championship.
Bekas pemain Sunderland, Darren Bent menjadi igauan ngeri bekas kelab belia. Bent menjaringkan gol penyamaan untuk Burton. Gol itu dijaringkan pada minit ke-86.
Malah, Darren diboo oleh peminat Sunderland sendiri kerana meraikan gol tersebut.
Pada masa kecederaan, pemain Burton, Liam Boyce menanduk gol kemenangan. Kedudukan berubah kepada 1-2 di Stadium of Light.
Kontroversi telah berlaku sebelum tamat perlawanan. Pemain Sunderland, Paddy McNair telah dikatakan menjaringkan gol menggunakan tangan. Gol itu telah dibatalkan pengadil.
Malah dua pemain Sunderland telah dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan. Mereka ialah Aiden McGeady dan Lee Cattermole.
Sunderland tersingkir ke divisyen ke-3 Inggeris ataupun League 1 buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun selepas tewas di tangan Burton 2-1.
Coleman mengambil alih dari Simon Grayson pada November yang lalu. Beliau meminta maaf kepada penyokong dan kelab di atas penyingkiran ini.
“Pertama sekali, saya mahu mohon maaf kepada semua di atas apa berlaku. Kita tidak mampu melakukan apa yang diperlukan.”
“Ianya satu pengalaman ngeri dan kekecewaan yang sangat bear. 44 perlawanan kami haddapi musim ini dan kami masih gagal bermain baik.”
“Saya tak tahu ke mana haluan kelab ini. Kami tidak dimaklumkan tentang hal ini. Saya tak tahu apa perancangan kelab. Ia kesakitan yang teruk sekali.”
“Saya (ibarat) berada di sini hanya 2 minit. Penyokong pula sudah bertahun-tahun di sini. Saya tak dapat bayangkan perasaan mereka.”
Wolves merayakan kemenangan
‘Trofi ini bukan untuk pemain sahaja, tetapi untuk kelab, penyokong dan bandaraya ini,’ itulah diulas oleh pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito.
Beliau mengatakan sedemikian setelah Wolves dinobatkan menjadi juara EFL Championship pada musim ini.
Wolves menewaskan Bolton Wanderers di Macron Stadium semalam. Gol Wolves disumbangkan oleh Barry Douglas pada minit ke-16.
Benik Afobe menjaringkan gol kedua pada minit kecederaan separuh masa kedua. Wolves menambah gol ketiga melalui Diogo Jota pada minit ke-53. Conor Coady menambah gol keempat pada minit ke-66 untuk menjadikan keputusan 4 gol tanpa balas sehingga wisel penamat.
Kedudukan EFL terkini
Slot zon promosi automatik masih lagi terbuka. Ini disebabkan Cardiff masih mempunyai 1 perlawanan dalam tangan.
Cardiff, Fulham dan Aston Villa sekurang-kurangnya akan beraksi dalam play-off. Itu pun jika keciciran mata. Slot play-off masih ada lagi kekosongan untuk diisi.
Burton, Barnsley, Bolton, Birmingham dan Reading bakal bersaing untuk menentukan nasib mereka kekal atau sebaliknya dalam EFL Championship.
Sungguh panas drama EFL Championship ini. Benar kata sesetengah pihak, ia lebih gila daripada English Premier League.