Akhir musim lalu, EFL mengambil keputusan untuk memperkenalkan teknologi garisan gol. Sebelum ini EPL telah melaksanakan metodologi yang sama.
Pengenalan ini dipersetujui dalam Mesyuarat Agung EFL akhir musim lalu. Setiap musim, EFL bakal bersidang untuk membuat pelbagai perubahan dan inovasi bagi meneruskan legasi liga bola sepak tertua dunia itu.
Akhirnya, EFL juga beralah dengan keperluan penggunaan teknologi ini. Masih tidak ada lagi cadangan untuk mewujudkan teknologi sama dalam saingan League One dan League Two. Ini mungkin kerana mengambil kira kos dengan jumlah pasukan di League One dan League two yang banyak.
Sebelum ini, EFL hanya bereksperimen ataupun sesi ujian (trial) semasa play-off musim lepas sahaja. Maka dengan kejayaan sesi ujian tersebut, mereka berkeputusan untuk menggunakannya untuk sepanjang musim!
Berhasil
Teknologi ini telah membuat penampilan pada Sabtu lepas. Ketika itu, perlawanan antara Ipswich Town menentang Birmingham City.
Perlawanan itu menyaksikan Birmingham menjadi pelawat. Salah seorang pemain kelab itu cuba menjaringkan gol.
Penjaga gol Ipswich, Bartosz Bialkowski menyelamatkan bola tersebut. Tetapi, ia dikatakan gol oleh pemain Blues.
Akhirnya, pengadil mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan teknologi garisan gol. Tiada gol dijaringkan oleh pemain Birmingham itu.
Ipswich menang ke atas Birmingham dalam perlawanan pembukaan Championship. Langkah kiri buat Harry Redknapp.
Sumber:
- BBC Sports (2017); http://www.bbc.com/sport/football/39578985
- Facebook EFL (2017); https://www.facebook.com/theEFL/videos/1745010945526449/