Maskot merupakan elemen tambahan dalam dunia bola sepak. Sekiranya sesebuah pasukan tidak ada maskot sendiri, bukanlah satu keaiban besar kepada pasukan itu.
Tetapi, bagaimana pula jika ada sesebuah pasukan yang memiliki maskot menjengkelkan? Tepuk dada tanya selera.
Pai?
Wigan Athletic, sebuah kelab EFL Championship telah mengumumkan bahawa mereka akan mempunyai maskot. Dan anehnya, maskot itu berbentuk makanan iaitu pai.
Kebiasaannya, elemen haiwan sering digunakan untuk sesebuah maskot pasukan. Jarang sekali elemen selain haiwan dipilih untuk menjadi maskot.
Menurut BBC, 90 buah sekolah telah dijemput dalam pertandingan untuk memberikan idea maskot apakah yang wajar digunakan oleh Wigan. Dilaporkan lebih 50% penyertaan memilih pai.
Kenapa pai?
Alasan perekacipta pai itu ialah penduduk Wigan amat menyukai pai. Perekacipta itu merupakan gandingan antara Cayden dan Neve.
Neve berusia 9 tahun manakala Cayden kurang setahun daripadanya. Mereka berdua mengambil masa kurang sejam untuk merekabentuknya.
Tetap gandingan kanak-kanak ini mengakui telah menggunakan masa yang lama untuk memilih warna untuk maskot ini.
The football season is back – here’s @LaticsOfficial new mascot, Crusty the Pie pic.twitter.com/7bIMoV4uQz
— Ian Cheeseman (@IanCheeseman) August 3, 2019
Pegawai Wigan Athletic memberitahu tindakan mereka mendekati sekolah sebagai salah satu usaha untuk meraih penyokong pada masa hadapan.
Malah, rekaan itu sengaja dipilih untuk menaikkan rasa kegembiraan. Maskot itu telah diberi nama Crusty The Pie.
Dah bertugas
Crusty telah mula bertugas semalam di DW Stadium. Wigan menentang Cardiff pada perlawanan pembukaan musim EFL Championship 2019/20.
Pada perlawanan tersebut Wigan mengalahkan Cardiff menerusi skor 3 berbalas 2. Wigan kini berada di tangga kedua carta EFL Championship selepas 1 perlawanan.
Adakah kelibat Crusty akan dilihat di Liga Perdana musim hadapan. Itu pun kalau Wigan berjaya kembali ke liga utama tersebut.
Tetapi usaha Wigan mendekati penyokong kanak-kanak demi survival kelab harus dipuji. Sebenarnya memang mda kelab Inggeris mempunyai kesukaran mendapatkan penyokong baharu dari kalangan lokaliti tempatan.
Kebanyakan sudah memilih kelab gergasi yang bermain di Liga Perdana!