Pasukan tumpuan ramai, Leeds United kini berada di persada carta EFL Championship.
Kelab Yorkshire itu menewaskan Wigan Athletic semalam.
Bamford cemerlang
Leeds menang ke atas Wigan melalui dua gol tanpa balas. Kedua-dua gol itu disumbangkan oleh Patrick Bamford.
Wigan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Joe Williams menerima kad kuning kedua yang menyaksikan beliau diarah keluar padang. Williams telah mengasari pemain lawan pada minit ke-21.
Williams sebelum itu sudah menerima kad kuning pada minit ke-9.
Bamford menjaringkan gol pada minit ke-34 dan minit ke-65. Leeds kini mengutip 7 mata selepas 3 perlawanan dan tidak kalah satu perlawanan pun.
Cabaran Charlton
Satu lagi kelab alumni Liga Perdana, Charlton Athletic seri 2-2 ketika menentang Barnsley. Cauley Woodrow memberikan Barnsley gol seawal minit ke-34.
Kemudiannya, Charlton menyamakan kedudukan pada minit ke-40 melalui Conor Gallagher. Kedudukan terikat 1-1 pada tamat separuh masa pertama.
Barnsley mendahului kembali pada minit ke-48 selepas Conor Chaplin menyumbat gol untuk tuan rumah. Ketika Charlton dilihat tewas, pemain tuan rumah, Bambo Diaby menjatuhkan Conor Gallagher di dalam kotak penalti.
Pengadil perlawanan menganugerahkan sepakan penalti kepada Charlton yang diambil Lyle Taylor. Taylor berjaya menewaskan penjaga gol Barnsley untuk menyamakan kedudukan 2-2.
Charlton meraih 1 mata untuk dibawa pulang. Mereka kini berada di tangga kedua EFL Championship dengan meraih 7 mata. Dua perlawanan awal menyaksikan mereka menang ke atas lawan masing-masing.
Carta terkini
Berikut merupakan kedudukan terkini 12 teratas untuk EFL Championship musim 2019/20. Adakah anda ingin lihat Leeds kembali?