Previu EFL Championship 2017/18: Sheffield Wednesday Pilihan Utama?

EFL Championship, sebuah liga yang gila. Jangan mimpilah jika anda ingin pasukan dokongan anda sentiasa konsisten sepanjang musim.

Pasukan anda boleh keciciran mata bila-bila masa walaupun mendahului carta liga! Kali ini kami ingin memberikan anda previu khas EFL Championship untuk edisi 2017-18.

Siapa pencabar?

Kita mulakan dengan tiga kelab yang diturunkan daripada kancah Premier League. Sebenarnya, Hull City, Middlesbrough dan Sunderland ketiga-tiganya melantik pengurus baru.

Simon Grayson, pengurus baru Sunderland. Sumber: Sunderland Echo.

Simon Grayson ditandatangani dari Preston untuk menggantikan David Moyes. Garry Monk dibawa masuk Middlesbrough sebagai pengurus sepenuh masa. Leonid Slutsky, seorang pengurus kurang dikenali dari Rusia pula dilantik Hull City.

Persoalannya, siapakah akan bangkit dan kembali ke Premier League? Pandangan penulis menyatakan ketiga-tiga ini agak sukar naik. Apatah lagi dengan pengurus baru meskipun Simon Grayson berpengalaman di liga bawahan.

Lagi perit, Black Cats telah menjual ramai pemain seperti Jordan Pickford, Vito Mannone dan Jermain Defoe. Hull juga menjual pemain seperti Tom Huddlestone, Andrew Robertson dan Harry Maguire. Middlesbrough galak juga menjual beli pemain. Antara yang menyertai Boro ialah Jonny Howson dari Norwich.

Jika bukan mereka bertiga, siapa pilihan utama?

Semi finalis musim lalu, Sheffield Wednesday boleh diletakkan sebagai pencabar utama. Fernando Forestieri boleh menjadi tunjang utama Owls. Malah, mereka hanya tewas di saingan play-off hanya melalui sepakan penalti?

Fulham dan Reading yang turut bersaing dalam play-off musim lalu boleh dilihat menjadi pencabar. Reading boleh bergantung kepada Yann Kermorgant. Fulham pula seolah mengharapkan gandingan jitu antara Stefan Johansen dan Tom Cairney.

Harry Redknapp ketika diperkenalkan sebagai pengurus Birmingham City. Sumber: CaughtOffside.

Rasanya tidak salah jika menyebut dua kelab seteru Birmingham yakni Aston Villa dan Birmingham City. Dua nama terkenal iaitu Steve Bruce dan Harry Redknapp yang boleh diiktiraf sebagai pakar promosi. Aston Villa menampilkan John Terry sebagai kuda harapan di kubu kelab.

Sengaja penulis tidak memilih Leeds kerana Leeds tidak konsisten dalam mengekalkan pengurus. Tidak wajar Leeds melepaskan Garry Monk.

Pilihan penulis?

Reading semasa musim lalu. Sumber: Get Reading.

Penulis secara peribadinya ingin memilih Sheffield Wednesday akan naik ke Premier League kerana konsistensi mereka sejak beberapa musim. Fulham atau Reading akan memberikan saingan hebat.

Maka bermulalah saingan EFL Championship untuk musim 2017-18. Selain Championship, League One dan League Two juga akan memulakan saingan. Begitu juga National League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN