Aksi EFL Championship diteruskan untuk perlawanan ketujuh. Ada dua pertemuan setempat sesama Yorkshire telah berlangsung pada hujung minggu lalu.
Leeds benam jiran
Leeds United kelab terkemuka Yorkshire menewaskan jiran terdekat mereka, Barnsley. Kedua-dua kelab itu terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Ketika perlawanan diramalkan akan seri tanpa jaringan, Eddie Nketiah menjaringkan gol pertama untuk Leeds. Gol Nketiah itu dijaringkan pada minit ke-84 setelah menerima umpanan daripada sepakan percuma Kalvin Phillips.
Kemudiannya, rakan sepasukannya, Mateusz Klich menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89. Keputusan perlawanan berpihak kepada Barnsley 0-2 Leeds.
Kini Leeds mengutip 16 mata selepas tujuh perlawanan hasil dari lima kemenangan dan satu seri.
Huddersfield terhumban
Kelab yang baharu tersingkir daripada Liga Perdana, Huddersfield Town tewas kepada jiran sesama Yorkshire, Sheffield Wednesday.
Wednesday bersemangat kerana baru melantik pengurus baru, Garry Monk. Aksi di Stadium John Smith’s itu menyaksikan Steven Fletcher dan Sam Winnall menjaringkan masing-masing satu gol untuk membantu Wednesday menang.
Gol Fletcher hadir pada minit ke-10 dan Winnall pada minit ke-72. Sheffield Wednesday kalahkah Huddersfield melalui skor dua gol tanpa balas.
Tambah menyedihkan, Huddersfield hanya meraih satu mata setelah beraksi tujuh perlawanan. Mereka kini menduduki tangga ke-23 dalam carta EFL Championship.
Dikejar Angsa
Swansea mengejar rapat Leeds walaupun tewas kepada Nottingham Forest pada kelmarin. Forest menang melalui satu gol yang disumbangkan Jude Bellingham pada minit ke-52.
Swansea hanya dipisahkan dengan Leeds melalui kutipan defisit gol walaupun kedua-duanya berkongsi kutipan mata. Leeds memiliki lebih banyak pungutan defisit gol.
Mampukah Swansea mengejar Leeds?