Nota editor: Siri Editorial SB kembali lagi dengan kami akan memberikan pendirian mengenai isu-isu semasa bola sepak tempatan setiap minggu. Ikuti siri ini dan lontarkan pendapat anda di ruangan komen.
Perlawanan menentang Indonesia sentiasa besar statusnya, ianya tidak pernah berubah.
Dari perlawanan peringkat senior hinggalah ke skuad muda, setiap kali dua negara ini bertemu ianya sememangnya panas.
Dan perlawanan malam ini adalah aksi melibatkan dua negara serumpun yang paling penting dalam masa beberapa tahun ini – sekurang-kurangnya untuk Malaysia.
Malaysia tiada pilihan lain selain menang perlawanan malam ini. Konteks perlawanan ini tidak lagi sekadar permusuhan dua tradisi, sebaliknya ianya adalah penentu pasukan negara layak ke separuh akhir atau tidak.
Oleh itu, sesuatu harus dilakukan Harimau Malaya malam ini. Jika corak yang biasa digunakan tidak membawa hasil, lakukanlah sesuatu yang diluar kotak untuk mendapatkan kemenangan.
Ianya bukan bermaksud kami mahu pemain Malaysia malam ini hanya melakukan percubaan dari luar kotak penalti sahaja, tetapi sebaliknya bersikap kreatif dalam menjana serangan dan bertahan bermati-matian.
Carilah kekuatan kita, dan beraksilah mengikut rentak sendiri bukannya mengikut corak tari pasukan lawan.
Jika Vietnam boleh pening kepala untuk tumbangkan Indonesia, perlu buat lebih lagi untuk menewaskan mereka – pentas perlawanan akhir adalah destinasi yang hendak dituju kita!
Malaysia tiada jalan lain selain mengutip tiga mata malam ini, jika tumbang pastinya kecaman dan kritikan hebat penyokong akan menanti. Apa pun, semoga berjaya buat skuad kebangsaan.
Selamanya, Harimau Malaya!