Edisi Piala Dunia : 6 Fakta Menarik Yang Berlaku Pada Piala Dunia 1930

Piala Dunia 1930

Buat pertama kalinya kejohanan peringkat tertinggi bolasepak dunia (Piala Dunia) telah diadakan di Uruguay pada 13 hingga 30 Julai 1930.

Edisi pertama ini menyaksikan penyertaan sebanyak 13 buah negara iaitu, Uruguay, Argentina, Chile, Perancis, Mexico, Yugoslavia, Brazil, Bolivia, Peru, Romania, Paraguay, Belgium dan Amerika Syarikat.

FIFA memilih Uruguay berikutan negara tersebut dianggap paling layak menjadi tuan rumah. Uruguay adalah penyandang juara acara bolasepak Sukan Olimpik sebanyak dua kali dan secara kebetulan, negara itu sedang menyambut ulangtahun ke-100 kemerdekaan.

Selain menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang pertama, Uruguay juga menjadi juara pertama kejohanan ini selepas menundukkan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir.

Namun, dalam edisi pertama ini, ada 7 fakta menarik yang berlaku sepanjang temasya ini berlangsung. Berikutnya adalah:

1. Dua jenis bola digunakan pada perlawanan akhir


Jika dalam setiap edisi Piala Dunia yang kita lihat sekarang ini, FIFA akan mengumumkan bola rasmi yang akan digunakan sepanjang kempen berlangsung.

Tetapi bagi edisi pertama, sesuatu yang mengejutkan telah terjadi pada perlawanan akhir Piala Dunia 1930.

Perlawanan yang menemukan tuan rumah menentang Argentina yang diadakan di Stadium Centenario, Montevideo, pada 30 Julai 1930.

Kontroversi mula tercetus apabila kedua-dua negara tersebut berebut untuk mengeluarkan jenama dan reka bentuk bola pilihan mereka sendiri bagi perlawanan akhir.

Keadaan ini telah memaksa FIFA mengeluarkan arahan bersifat adil dengan Argentina akan membekalkan bola pada babak pertama manakala Uruguay menyediakan bola pada separuh masa kedua.

2. Piala Dunia tanpa pusingan kelayakan


Piala Dunia 1930 ini merupakan satu-satunya saingan yang berlangsung tanpa sebarang pusingan kelayakan.

Penyertaan berdasarkan jemputan (semua negara yang menganggotai FIFA adalah dijemput).

Disebabkan faktor kos dan masa perjalanan untuk menyeberangi Lautan Atlantik, hanya sedikit pasukan dari Eropah sahaja yang bersedia untuk menyertainya iaitu Perancis, Romania, Belgium dan Yugoslavia.

Sebelum kejohanan diadakan, pada awalnya tiada satu pun negara yang mewakili benua Eropah berhasrat untuk menyertai kejohanan ini.

Namun, selepas campur tangan dari Presiden FIFA ketika itu, Jules Rimet serta kerajaan Uruguay, FIFA bersetuju untuk membayar kos perjalanan ke Uruguay bagi setiap pasukan eropah.

Perjalanan empat pasukan Eropah itu telah menyeberangi Lautan Atlantik dengan mengambil masa selama 3 minggu.

3. Tiga negara ke Uruguay menaiki sebuah kapal


Apabila FIFA mengumumkan Uruguay sebagai tuan rumah bagi edisi pertama kejohanan, negara di benua Eropah telah mengadakan bantahan terhadap keputusan tersebut.

Beberapa faktor bantahan tersebut diadakan antaranya adalah kos pengangkutan dan jarak perjalanan ke Uruguay yang akan mengambil tempoh masa yang lama.

Hal ini boleh menyebabkan para pemain akan mengalami keletihan sepanjang perjalanan.

Disebabkan perjalanan merentasi Laut Atlantik menggunakan kapal terbang akan menelas kos yang tinggi ketika itu, banyak negara-negara terpaksa mengunakan pengangkutan kapal laut dan kereta api.

Belgium, Perancis dan Romania terpaksa berkongsi sebuah kapal laut untuk perjalanan ke Uruguay.

Kapal SS Conte Verde, sebuah kapal penumpang yang dibina di Scotland pada mulanya berlepas dari Genoa dengan membawa pemain Romania sebelum berhenti di pelabuhan pantai Villefranche-sur-Mer untuk mengambil pemain Perancis dan seterunya ke Barcelona mengambil pemain Belgium.

4. Tiada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat


FIFA telah merangka format dengan 13 pasukan yang bertanding dibahagikan kepada empat kumpulan, pemenang dari setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir, seperti biasa pemenang separuh akhir akan layak ke perlawanan akhir.

Namun kelainan bagi edisi pertama, kongress FIFA bersepakat untuk tidak mengadakan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang sepatutnya diantara Amerika Syarikat dan Yugoslavia.

Amerika Syarikat diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga kerana dibezakan mengikut format jaringan yang dibolosi.

5. Dua perlawanan pembukaan diadakan pada waktu yang sama


Perlawanan pembukaan Piala Dunia 1930 diadakan pada 13 Julai jam 3 petang waktu setempat.

Perlawanan pembukaan melibatkan dua perlawanan diantara Perancis bertemu Mexico di Estadio Pocitos, Montevideo. Sementara Amerika Syarikat bertemu Belgium di Parpue Central.

Andre Maschinot membantu Perancis dengan menjaringkan dua gol menewaskan Mexico dengan mencatatkan keputusan 4-1, manakala Amerika Syarikat menang bergaya menewaskan Belgium dengan keputusan 3-0.

6. Hanya menggunakan tiga stadium


Bagi edisi pertama, Uruguay hanya menggunakan tiga buah stadium sahaja untuk 13 buah pasukan yang bertanding.

Tiga stadium tersebut adalah, Estadio Centenario yang berkapasiti 90 ribu orang, Estadio Gran Parque Central berkapasiti 20 ribu orang dan yang paling kecil Estadio Pocitos hanya mampu memuatkan seribu penonton sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN