Edinson Cavani, Thomas Meunier Enggan Bantu PSG Hadapi UCL

Edinson Cavani

Dua pemain Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani dan Thomas Meunier yang bakal bergelar ejen bebas pada penghujung Jun ini menolak tawaran kelab tersebut untuk kekal hingga saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini tamat.

Dengan perkembangan terkini menurut sumber Goal itu, kedua-dua pemain tersebut akan meninggalkan pasukan sebaik sahaja kontrak mereka berakhir pada penghujung bulan Jun ini.

Dua lagi bakal ejen bebas yang beraksi di posisi pertahanan, Thiago Silva dan Laywin Kurzawa bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk membantu PSG dalam merebut kejuaraan UCL buat pertama kali.

Keputusan yang diambil Cavani dan Meunier itu pastinya memberikan sedikit tamparan kepada PSG kerana kedua-dua pemain tersebut mampu untuk menjelmakan sesuatu yang berkualiti buat kelab gergasi Perancis itu.

Meunier yang menyertai PSG dari Club Brugge pada musim 2016/17 telah membuat 128 penampilan dan menjaringkan 13 gol manakala Cavani direkrut dari SS Napoli telah meledakkan 200 gol sepanjang tujuh musim menyarung jersi kelab tersebut.

PSG menjadi salah sebuah daripada empat pasukan yang sudah pun melayakkan diri ke peringkat suku akhir UCL yang akan diadakan di Lisbon bersama-sama Atalanta, Atletico Madrid dan RB Leipzig.

Saingan peringkat 16 menyaksikan skuad bimbingan Thomas Tuchel itu berjaya menundukkan Borussia Dortmund 3-2 menerusi aggregat.

Berdasarkan format baharu bagi menamatkan baki saingan UCL musim ini, kesemua aksi bermula suku akhir hingga ke pertembungan final akan diadakan di Lisbon dan tiada aksi timbal balik diadakan seperti kebiasaan.

Kredit featured image: Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Edinson Cavani dan Thomas Meunier:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN