Nampaknya, sesuatu yang dilihat tidak akan berlaku akan menjadi realiti.
Pemain AS Roma, Edin Dzeko dilihat bakal meninggalkan kelab tersebut pada bulan Januari ini walaupun jendela perpindahan semakin menghampiri penamatnya.
Menurut laporan BBC Sport, Dzeko dilihat ingin meninggalkan Roma selepas pemain itu menghadapi isu dalaman dengan pengurus Paulo Fonseca.
Dengan keadaan seperti tidak lagi sempurna buat Dzeko di Stadio Olimpico, terdapat potensi yang beliau akan digantikan dengan pemain lain dari musuh Serie A mereka sendiri.
Roma dan Inter Milan dilihat terbuka untuk melakukan proses tukaran terus atau swap antara Dzeko dan juga Alexis Sanchez yang dilihat tidak memberikan impak yang dimahukan.
Dengan hanya menjaringkan dua gol sahaja musim ini, Antonio Conte dilihat tiada masalah untuk melepaskan Sanchez sebagai sebahagian daripada proses perpindahan Dzeko ke Inter Milan.
Sementara itu, laporan di Sepanyol pula mendapati yang dua gergasi La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona turut memerhatikan dengan rapi situasi Dzeko ini.
Kedua-dua kelab dilihat mahu mengambil peluang dengan mendapatkan Dzeko dengan potongan harga rendah.
Jika tiada perkembangan signifikan mengenai perpindahan Dzeko dalam masa terdekat, drama pada hari terakhir jendela perpindahan dijangka akan berlaku.
Baca juga artikel kami mengenai Edin Dzeko:
Kisah Eusebio Di Francesco Menghargai ‘Footballing Minded’ Edin Dzeko
AS Roma Tagih Sentuhan Dzeko Baham Liverpool FC (semuanyabola.com)
Ernesto Valverde: Barcelona Perlu Berwaspada Hadapi AS Roma Dan Edin Dzeko (semuanyabola.com)