Ederson Moraes: “Statistik Jelas Menunjukkan City Terlalu Hebat Untuk United”

Penjaga gol Manchester City, Ederson Moraes menyebut bahawa pasukannya jauh lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan Manchester United pada perlawanan Manchester Derbi di Etihad baru-baru ini.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, The Citizens berjaya menundukkan seteru mereka dengan kemenangan 3-1.

Menurut statistik perlawanan, tuan rumah tampil lebih cemerlang dengan mencatatkan 64.9% penguasaan bola – berbanding 35.1% yang dilakukan United.

Selain itu, Ederson turut berkata, selain dapat menguasai perlawanan, pasukannya juga berjaya mencipta lebih banyak peluang berbanding United.

Manchester City berjaya melepaskan lima sepakan tepat daripada sasaran 17 percubaan ke arah gol. Sebaliknya, Manchester United hanya mempunyai satu peluang terbaik dari enam serangan yang dilakukan. United juga mencatatkan 0 percubaan tepat daripada permainan terbuka (open play).

“Kami (Manchester City) bermain dalam perlawanan yang hebat dan berjaya mencatat kemenangan yang sangat pantas. Kami jauh lebih baik daripada Manchester United, “kata Ederson menerusi ESPN.

Penjaga gol dari Brazil itu turut berpendapat, jika pasukannya melakukan lebih banyak asakan, beliau tidak menafikan keputusan pada perlawanan itu akan lebih baik.

Beliau turut meluahkan perasaan gembira menghadapi perlawanan derbi ini dengan menyaksikan persembahan penuh bergaya dan bersemangat rakan sepasukan meranapkan impian United untuk mengejar kedudukan.

“Jika kami melakukan lebih banyak asakan, tidak mustahil kami boleh mendapatkan hasil yang jauh lebih baik”.

“Saya gembira dengan perlawanan derbi ini,” Kata Ederson.

Akui berlaku sentuhan 

Jaringan tunggal United berjaya dihasilkan Anthony Martial menerusi sepakan penalti diminit ke-58.

Mengulas mengenai hukuman penalti yang diberikan, Ederson berkata, dirinya menyedari adanya sentuhan dengan penyerang United, Romelu Lukaku tetapi beliau tidak yakin sama ada ianya layak diberikan penalti oleh pengadil, Anthony Taylor.

“Saya cuba menarik balik tangan saya tetapi tidak mempunyai masa untuk melakukan itu.”

“Terdapat sentuhan antara kami (Romelu Lukaku) tetapi saya tidak tahu sama ada ianya  layak untuk diberikan penalti,” katanya.

“Ia keputusan yang cepat dalam beberapa saat permainan. Saya cuba usaha untuk memukul bola itu, ia berlaku. Apabila penjaga gol membuat kesilapan, tiada siapa yang dapat menyelamatkan gol,” tambah beliau lagi.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN