Eden Hazard Nafi Spekulasi Sudah Capai Persetujuan Dengan Real Madrid

Hazard

Pemain sandaran utama Chelsea, Eden Hazard menafikan spekulasi yang mengatakan bahawa beliau telah mencapai persetujuan bagi menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Beliau yang kini bersama kem skuad kebangsaan Belgium menegaskan bahawa masih tiada perkembangan terhadap minat yang ditunjukkan Los Blancos untuk mendapatkan khidmatnya.

Eden Hazard sudah lama menjadi tumpuan Real Madrid untuk membawanya ke Santiago Bernabeu selepas beliau sendiri mengakui memasang impian menyarung jersi kelab tersebut.

Yang terbaharu, pemain berusia 28 tahun itu turut mengakui bahawa Zinedine Zidane (pengurus Real Madrid) merupakan antara pengaruh terbesar dalam kerjaya bola sepak beliau.

Ketika ditanya wartawan sewaktu sidang media, Hazard menjelaskan bahawa masih tiada perkembangan berkenaan isu perpindahan ke Real Madrid.

LONDON, ENGLAND – MARCH 03: Eden Hazard of Chelsea is closed down during the Premier League match between Fulham FC and Chelsea FC at Craven Cottage on March 03, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Tidak, saya tidak kesini (sidang media) untuk bercakap mengenai Real Madrid.”

”Masih tidak ada apa-apa (berita perpindahan). Saya fokus untuk beraksi menentang Cyprus – Itu adalah satu-satunya perkara yang saya lakukan sekarang ini.”

Kontrak beliau akan tamat pada tahun 2020 dan sekiranya tiada perjanjian baharu dapat dimeterai, Chelsea bakal kehilangan Hazard secara percuma pada musim panas tahun tersebut (2020/21).

Hazard berjaya menjaringkan dua gol bagi membantu Belgium menewaskan Russia 3-1 di Brussels dan akan menentang Cyprus di tempat lawan pada awal pagi esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN