Eden Hazard Diumumkan Pemain Terbaik Liga Europa 2018/19

Eden Hazard telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Europa (UEL) atas prestasi beliau bersama Chelsea pada musim lalu.

Pemain antarabangsa Beligium itu adalah pemain utama The Blies yang menjuarai UEL musim 2018/19 dan menjaringkan dua gol di perlawanan akhir untuk menewaskan Arsenal di Baku.

Chelsea menang 4-1 ke atas seteru London mereka itu. Dua lagi jaringan di perlawanan tersebut dihasilkan oleh Olivier Giroud dan Pedro.

Hazard tampil dalam lapan perlawanan di pertandingan tersebut, bermula di kesebelasan utama sebanyak empat kali. Tiga dari perlawanan tersebut adalah di pusingan kalah mati.

Selain Hazard dua pemain lain yang turut berada di podium sebagai potensi pemenang adalah bekas rakan sepasukan beliau di Chelsea, Giroud; dan bekas peyerang Eintracht Frankfurt, Luka Jovic yang kini adalah rakan sepasukan Hazard di Real Madrid.

Hazard berhijrah menyertai Real Madrid pada musim panas yang lalu setelah menjaringkan 21 gol, dan merekodkan 17 bantuan gol sepanjang penglibatan dalam 52 pada musim lalu bersama Chelsea.

Selain daripada menjuarai kejuraan Liga Europa, Hazard dan Chelsea turut mara ke perlawanan akhir Piala Carabao, sebelum ditewaskan oleh Manchester City melalui penentuan sepakan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN