Eden Hazard: “Chelsea Tidak Pernah Beri Mohamed Salah Peluang”

Eden Hazard berkata bahawa penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah tidak pernah diberi peluang sewajarnya ketika pemain antarabangsa Mesir itu masih bersama Chelsea.

Salah akan berhadapan dengan bekas kelabnya itu buat pertama kali sejak menyertai Liverpool daripada Roma pada jendela perpindahan musim panas yang lalu. Chelsea akan berkunjung ke Anfield untuk perlawanan minggu ke-13 EPL pada Sabtu ini.

(Photo by William Van Hecke/Corbis via Getty Images)

Keupayaan Salah menghasilkan 9 gol daripada 12 penampilan untuk mendahului senarai penjaring EPL mencuri tumpuan ramai, selepas apa yang dilalui oleh pemain itu di Chelsea sebelum ini.

Salah tiba di Chelsea daripada Basel dengan tanda harga £11 juta daripada Basel. Namun pemain tersebut hanya tampil di dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan di bawah kendalian Jose Mourinho, sebelum berpindah secara pinjaman ke Fiorentina.

Hazard bagaimanapun berkata beliau sedar akan kemampuan dan bakat yang dimiliki oleh Salah. Hazard turut menegaskan dirinya gembira melihat Salah akhirnya mampu menunjukkan potensi sebenar sejak meninggalkan Stamford Bridge.

(Photo by David Blunsden/Action Plus via Getty Images)

“Salah adalah sahabat saya dan kami masih berhubung. Beliau adalah pemain berkelas dunia. Ketika masih bersama Chelsea, Salah jelas tidak diberikan peluang untuk membuktikan kemampuannya.”

“Ia mungkin disebabkan oleh pengurus. Mungkin juga disebabkan oleh pemain lain. Saya tidak pasti akan sebab sebenarnya.”

“Salah mempunyai kualiti sebagai pemain yang bagus. Tetapi pada masa itu, Chelsea juga mempunyai Willian, Oscar dan saya. Maka ia tidak mudah untuk pemain baru seperti Salah.”

(Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

“Salah adalah penyerang yang bagus dan musim ini beliau telah menjaringkan banyak gol. Ketika latihan, Salah akan berusaha sebaik mungkin. Begitu juga ketika diturunkan beraksi.”

“Ketika Salah menjaringkan gol, kami sedar akan kualiti yang dimiliki oleh beliau. Sekarang saya hanya mampu bergembira untuk melihat beliau kembali menyinar.”

“Jika anda berada di sesebuah kelab dan tidak mempunyai peluang untuk beraksi, anda harus pergi. Salah berbuat demikian dan menggunakan peluang tersebut di Fiorentina.”

“Jika saya sukar mendapatkan minit untuk beraksi, saya juga akan pergi. Itu adalah perkara normal kerana semua pemain mahu diturunkan untuk beraksi.”

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Chelsea akan berkunjung ke Anfield untuk berhadapan dengan Liverpool kurang 72 jam selepas melalui perjalanan yang jauh daripada Azerbaijan. Chelsea berhadapan dengan Qarabag dalam perlawanan UEFA Champions League pada pertengahan minggu ini tadi.

Walaupun Antonio Conte mengadu akan kepadatan jadual perlawanan yang terpaksa dilalui oleh pasukannya, Hazard menegaskan dirinya dan rakan sepasukan mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang diperlukan untuk perlawanan pada Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN