Eddy Israfilov Antara Pertaruhan Penting JDT Untuk Hadapi Buriram United

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Eddy Israfilov dijangka bakal terus menjadi pertaruhan penting pasukan itu untuk menghadapi cabaran daripada Buriram United pada aksi hari ini.

Terdahulu, wakil kelab dari Malaysia itu bakal menghadapi aksi keenam mereka di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) dengan Buriram United bakal menjadi lawan seterusnya buat pasukan itu.

Setelah mencatat kekalahan kepada Shandong Taishan, nampaknya JDT tidak boleh keciciran mata lagi jika mereka ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

Apatah lagi kini mereka juga terikat sebanyak 7 mata bersama Buriram United yang dilihat turut mengintai peluang untuk cuba melangkah lebih jauh.

Sudah tentu Hector Bidoglio kini sedang membuat persiapan rapi untuk aksi tersebut dengan tumpuan di beberapa posisi seperti pertahanan dan serangan yang harus diasah menjadi lebih baik.

Untuk aksi hari ini, beberapa pemain JDT dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk membantu kelab tersebut meraih kemenangan sekali gus mencerahkan peluang ke pusingan lebih tinggi.

Eddy Israfilov

Pertahanan kental JDT dari Azerbaijan ini tidak mengambil masa yang lama untuk terus meninggalkan impak sensasi bersama pasukan berkenaan di atas padang di pentas ACLE.

Dalam kalangan import baharu JDT setakat ini, Eddy boleh dianggap cukup menyerlah menerusi disiplin beliau di posisi pertahanan untuk bergandingan bersama mana-mana pemain.

Malah, beliau memiliki ketenangan cukup baik untuk menghadapi tekanan tinggi daripada serangan lawan selain tidak menghadapi masalah memenangi perebutan bola di udara.

Juan Muniz Gallego

Pemain dari Sepanyol itu boleh dianggap selaku nadi utama JDT musim ini di posisi tengah ekoran kualiti beliau tampil serba lengkap untuk mengharungi aksi dalam saingan tertinggi Asia.

Di saingan ACLE musim ini, Juan Muniz sudah pun merekodkan satu gol bersama dua bantuan jaringan daripada lima perlawanan sudah dilalui kelab itu.

Tenang mengawal tempo permainan, Juan Muniz juga mempunyai kualiti daripada segi lorongan-lorongan berbahaya dilakukan kepada rakan sepasukan lain mendapatkan gol.

Arif Aiman Hanapi

Kunci utama kekuatan JDT musim ini di posisi serangan, ekoran pengaruh beliau untuk mendapatkan gol serta membuka ruang di pentas ACLE sehingga kini.

Sepanjang beraksi untuk JDT musim ini, bintang Harimau Malaya itu sudah pun merekodkan 11 gol serta 8 bantuan jaringan daripada 22 penampilan di pentas domestik serta Asia.

Beraksi di posisi sayap kanan, kelincahan serta ketajaman beliau meledak gol sudah tentu ditagih sepenuhnya untuk menghadapi cabaran daripada Buriram United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN