Ed Woodward Tetap Yakin Beliau Individu Paling Layak Majukan Manchester United

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United Ed Woodward menjelaskan beliau merupakan inividu paling tepat untuk menerajui pengurusan di Old Trafford dan yakin pemilik kelab masih memberi kepercayaan kepadanya untuk jangka masa panjang.

United kini hanya dua mata dari zon penyingkiran sekalipun mereka berjaya mengikat pendahulu liga Liverpool 1-1. Woodward dan Glazer menjadi sasaran cemuhan oleh penyokong United di atas prestasi buruk pasukan itu.

Dalam temubual bersama majalah United We Stand, Woodward menegaskan beliau masih layak berada di tempat sekarang.

“Saya faham banyak pihak yang memerhatikan, itu adalah sebahagian dari lumrah tugasan ini. Saya tidak mahu terlalu menyerlah dan tidak boleh rapat dengan pemain,” kata Woodward sebelum perlawanan menentang Liverpool pada Ahad.

“Tetapi kita perlu lakukan apa sahaja yang boleh untuk kembali menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Kita tidak akan berjaya sehingga kita berusaha untuknya. Dapat tempat kedua bukan kejayaan, kita perlu memenanginya.”

The Red Devils gagal meraih gelaran juara EPL sejak Woodward menggantikan David Gill selaku Pengerusi Eksekutif pada 2013, tahun yang sama Sir Alex Ferguson bersara.

Bagaimanapun, banyak pihak percaya masalah telah bermula lebih awal iaitu pada 2005 di mana keluarga Glazer mula mengambil alih hak pemilikan kelab dan United terus dilanda beberapa masalah tetapi segala kelemahan masih mampu ditutup oleh kehebatan Ferguson mengurus pasukan.

Tedapat spekulasi dalam beberapa bulan ini yang keluarga Glazer kini sedang mencari pelaburan dalam bentuk tunai. Terbaru, pengarah kelab, Kevin Glazer sedang dalam perancangan untuk menjual pegangan saham miliknya.

Tetapi Woodward dalam perbincangannya dengan adik beradik Glazer yang lebih banyak terlibat dengan perjalanan kelab, Joel dan Avi tidak memberi sebarang petunjuk mengenai perancangan untuk melepaskan kepentingan mereka.

Sekalipun ratusan juta pound telah digunakan untuk membayar hutang, bayaran balik, faedah dan tambahan dividen, Woodward masih optimis United kini sedang diuruskan dengan baik.

“Hutang itu untuk jangka masa panjang. Bayaran itu telah distrukturkan dan situasinya sama sahaja dengan beberapa kelab bola sepak yang lain,” kata beliau lagi.

“Ianya sekadar di bawah 2 peratus daripada pendapatan tahunan, jadi ianya tidak memberi kesan kepada kami. Jika kamu perhatikan, cara pengurusan berubah di bawah pemilik [Glazer] untuk aktiviti komersial yang telah membawa masuk lebihan £2.5-£3 bilion. Kami telah membelanjakan duit yang banyak untuk pemain.

“Kami masih kukuh dari segi kewangan. Kami masih kekal stabil. Kami tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Segala cerita negatif mengenai kami termasuk isu penajaan tetapi kami masih aktif dalam pasaran perpindahan pemain yang mana kelab lain sendiri bergelut untuk melakukannya.

“Kami benar-benar merasakan kami dalam landasan yang benar dan betul untuk kembali menjulang trofi kejuaraan pada masa akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN