Ed Sheeran Teruja Jadi Pemilik Baharu Ipswich Town

Pemegang saham baharu Ipswich Town iaitu Ed Sheeran mengakui beliau sangat gembira kini setelah dapat menabur bakti buat kelab tersebut yang juga merupakan pasukan di kampung halamannya sendiri.

Nama Ed tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut selepas beliau tampil terkenal selaku penyanyi di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu lagi, selain berbakat selaku penulis lirik lagu.

Bersama Ipswich Town, sebenarnya penyanyi ini sudah pun menjadi penaja kelab berkenaan sejak tahun 2021 buat pasukan lelaki serta perempuan dengan konsisten.

Musim baharu ini tampaknya menjadi sesuatu lebih indah buat Ed, apabila beliau mengorak langkah lebih jauh untuk membeli 1.4 peratus saham kelab menerusi syarikat miliknya iaitu Gamechanger 20 Ltd.

Berkongsi tentang perasaan menjadi sebahagian daripada kelab di England itu, Ed akui beliau sangat teruja serta beliau turut terkenangkan kembali kisah lalu beliau bersama pasukan kesayangan tersebut.

“Saya sangat teruja untuk membeli sebahagian kecil daripada kelab bola sepak halaman saya. Adalah impian mana-mana peminat bola sepak untuk menjadi pemilik kelab yang mereka sokong, dan saya berasa sangat bersyukur dengan peluang ini.

“Saya tinggal di Suffolk sejak saya berumur tiga tahun dan, semasa saya mengembara ke seluruh dunia dan kadang-kadang berasa seperti orang luar dalam bandar-bandar besar, Suffolk dan Ipswich sentiasa membuatkan saya berasa sebahagian daripada komuniti dan dilindungi.

“Sungguh menggembirakan menjadi peminat Ipswich Town. Ada pasang surut tetapi bola sepak. Saya bukan pemegang saham mengundi atau ahli lembaga, ini hanya saya yang meletakkan sedikit wang untuk kelab yang saya suka dan mereka membalas isyarat itu.

“Jadi tolong jangan hubungi saya dengan cadangan menandatangani atau taktik untuk bermain!” ujar Ed menerusi perkongsian dibuat oleh Astro Awani.

Ipswich Town kini tampil kembali bersaing di pentas English Premier League (EPL) buat kali pertama selepas tempoh 22 tahun, dan ini sudah tentu akan menjadi suatu kebanggaan buat para penyokong seperti Ed.

Antara pemain baharu menyertai kelab tersebut musim ini adalah perancang tengah Manchester City yang hadir dengan status pinjaman iaitu Kalvin Phillips.

Tonggak kebangsaan Indonesia iaitu Elkan Baggott juga merupakan pemain kelab tersebut dan kini beliau dipinjamkan bersama Blackpool di kejohanan EFL League One.

Ipswich Town bakal menghadapi ujian sulung mereka hari ini dalam saingan EPL untuk bertemu salah satu kelab gergasi England iaitu Liverpool di halaman sendiri iaitu Portman Road.

Sumber:
Astro Awani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN