Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin mengatakan pelaksanaan polisi Economic Control Programme (ECP) yang diperkenalkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada musim 2020 tidak jejaskan perbelanjaan pasukan.
Menurut Mahfizul, perancangan yang lebih teliti dan tersusun dapat bantu pasukan untuk memperoleh pemain berkualiti terutamanya dari luar negara.
“Saya tidak setuju jika pemain itu dibayar dengan gaji mahal maka kejayaan akan terjamin. Banyak perkara lain yang perlu diambil kira dalam hal ini.”
“Apa paling penting sebenarnya bagaimana pemain itu boleh sesuaikan diri dengan falsafah permainan jurulatih dan prestasi terkini kerana ada kalanya pemain yang mempunyai nama hebat atau beraksi di liga hebat tetapi kurang minit permainan serta ada masalah kecederaan berpanjangan.”
Pelaksanaan ECP juga memaksa pasukan Liga Malaysia untuk berkerja lebih keras sekiranya mereka mahukan sesuatu tetapi tidak berkemampuan.
“Malah jika ada pemain yang mereka memang ingin dapatkan kosnya agak tinggi, mungkin mereka perlu bekerja keras mendapatkan tambahan dana dengan melakukan aktiviti tambahan pendapatan selepas meletakkan satu bajet yang ditetapkan dari awal musim.”
“(Dengan) adanya ECP ini juga bagi saya membuatkan pasukan akan berhati-hati dalam menggaji mana-mana pemain serta tidak bertindak melulu seperti sebelum ini.”