EA Sports Pantau Siasatan Kes Rogol Melibatkan Ronaldo, Gambarnya Dikeluarkan Daripada Laman Sesawang

Sebelum ini Nike menyatakan mereka memantau secara terperinci perkembangan kes ini dan menunggu hasil siasatan daripada semasa ke semasa.

Terbaru, pengeluar permainan FIFA 19, EA Sports turut menyatakan mereka sedang memantau akan kes ini.

Isu penajaan Cristiano Ronaldo kini menjadi subjek utama. Beliau merupakan pemain yang memiliki jumlah tajaan yang sangat tinggi.

Beberapa hari lalu, Polis Las Vegas menyatakan mereka membuka semula siasatan ke atas pertuduhan rogol ke atas Cristiano Ronaldo.

Siasatan itu dibuat berdasarkan laporan polis oleh bekas peragawati, Kathryn Mayorga pada 2009.

Mayorga mendakwa Ronaldo merogolnya pada musim panas 2009 walaupun dia berkali-kali menjerit menyatakan jangan.

Mayorga juga kemudiannya mendakwa Ronaldo memberikannya wang untuk memperbesarkan kes. Penyelesaian secara peribadi melibatkan Ronaldo dan Mayorga menyaksikan wanita itu menerima bayaran sekitar $200,000.

Ronaldo sudah berkali-kali menafikan tuduhan itu. Beliau juga memuat naik video menyatakan dia tidak melakukannya. Tetapi menurutnya ada media sengaja memburukkan namanya untuk mencari publisiti murahan.

EA Sports dalam kenyataan mereka berkata:

“Kami akan memantau secara dekat situasi ini. Dan kami akan memastikan atlet yang menjadi muka hadapan dan juga duta kami sentiasa berkelakuan mengikut tertib yang konsisten dengan nilai ditetapkan EA.”

EA Sports turut mengeluarkan sementara gambar Cristiano Ronaldo daripada laman sesawang mereka.

Dalam perkembangan lain, saham Juventus dilaporkan merosot 5% gara-gara isu ini. Pada Jumaat, saham mereka hanyala €1.25 untuk setiap satu pegangan.

Sebelum ini nama Ronaldo membantu Juventus meningkatkan pegangan saham sebanya 180% ketika menyertai kelab itu.

Juventus menyatakan sokongan mereka kepada Ronaldo.

Namun pendirian Juventus ini mengundang kemarahan daripada beberapa penyokong dan pengulas terkenal.

Antaranya Gary Lineker yang menyatakan, apa sahaja keputusan ke atas kes ini, Juventus telah melakukan sesuatu yang memalukan.

Mereka berpendapat, kelab tidak sepatutnya memberikan sokongan kepada orang yang sedang disiasat berkaitan kes rogol.

Adalah lebih baik buat masa ini Juventus hanya memantau situasi ini seperti mana Nike, EA Sports dan juga pasukan kebangsaan Portugal.

Ronaldo sekali lagi mengulangi dia menafikan tuduhan yang dianggapnya tidak berasas.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan tuduhn yang dilemparkan ke atas saya. Rogol adalah jenayah menjijikkan yang bertentangan dengan segala kepercayaan saya.”

“Perlu untuk saya membersihkan nama saya. Saya enggan menjadi suapan media yang mempromosi diri mereka dengan nama saya.”

Beliau juga menyatakan dia sedang bertenang untuk menantikan keputusan siasatan.

Semoga keadilan berpihak kepada siapa yang benar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN