Pernahkah anda perasan betapa berbezanya pengalaman tengok bola sekarang berbanding dulu? Dulu, gaya permainan lebih individualistik. Netherlands ada Ruud van Nistelrooy. Perancis ada Zinedine Zidane. England ada Wayne Rooney. Sekarang, permainan jadi lebih taktikal, penjaga gol semakin cekap, dan pemain pertahanan semakin laju. Gol makin kurang.
Saya rindukan gaya bola sepak individualistik zaman dulu.
Tapi yang paling saya rindukan? Tengok bola dengan kawan-kawan. Walaupun perlawanan mula jam 3 pagi, sejak 5 petang kami dah berbual tentang perlawanan itu. Setiap orang ada ramalan dan pendapat sendiri. Bila Greece tewaskan Portugal 1-0 dan jadi juara EURO 2004, momen itu jadi kenangan yang kekal sampai bila-bila.
Sekarang, saya selalu tengok bola seorang. Bangun jam 2 pagi, cuba tahan mata daripada terlelap. Tiada siapa nak sembang tentang perlawanan. Nak jerit pun tak boleh sebab semua orang tengah tidur dalam rumah. Beza ‘vibe’ tengok seorang dengan tengok ramai-ramai.
EA SPORTS FC™ Watch Party
Tapi lain ceritanya semasa final EURO 2024 nanti.
Ini kerana saya akan datang ke UEFA EURO 2024™ Malaysia Watch Party anjuran EA SPORTS dengan lima kawan-kawan! Acara ini akan berlangsung di RekaScape Cyberjaya. Bagi saya, rugi tengok final EURO 2024 seorang-seorang kerana:
- Final EURO adalah perlawanan yang anda mahu ingat sampai bila-bila. Anda takkan ingat momen ini kalau anda tengok seorang-seorang di rumah.
- Final EURO ini akan melibatkan dua pasukan besar: Sepanyol dan England/Netherlands. Banyak topik anda boleh sembang dengan kawan-kawan bila tengok ramai-ramai.
Di mana anda ketika final Piala Dunia 2006? Saya di rumah; menonton seorang. Sampai hari ini saya menyesal tak keluar menyaksikan perlawanan ini dengan kawan-kawan. Sampai hari ini, saya tak boleh kongsi reaksi langsung saya ketika melihat Zidane menanduk dada Matteo Materazzi. Kerana saya menonton momen ini seorang di rumah.
Sejak hari itu, saya tak buat kesilapan sama lagi. Perlawanan kumpulan boleh tengok seorang di rumah. Perlawanan final kena tengok ramai-ramai di luar.
Banyak aktiviti anjuran EA SPORTS FC™
Selain menonton final di skrin besar, EA SPORTS FC™ akan menyediakan banyak aktiviti kepada saya, kawan-kawan dan semua pengunjung UEFA EURO 2024™ Malaysia Watch Party and Community Tournament.
Bermula seawal jam 4 petang lagi, EA SPORTS FC™ akan menganjurkan:
- EA SPORTS FC™ Mobile Experience Zone: Anda boleh merasai sendiri ciri-ciri permainan terbaharu EA SPORTS FC™ Mobile.
- EA SPORTS FC™ 24 Experience Zone: Anda boleh menyelami pengalaman 360 bermain EA SPORTS FC™ 24.
- Community Tournaments: Anda boleh menunjukkan skil anda dalam kejohanan komuniti EA SPORTS FC™ Mobile dan EA SPORTS™ FC™ 24 dan berpeluang memenangi hadiah.
EA SPORTS FC™ akan menyediakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti lain untuk peminat bola sepak dan gamers daripada semua peringkat umur seperti saya dan anda. Antaranya:
- Foosball
- Penalty Shootout
- Cabaran Menimbang Bola
- Cabaran Refleks
- Dan banyak lagi!
Maklumat acara:
Tarikh: 14-15 Julai 2024
Lokasi: Rekascape, Cyberjaya
Masa: 4.00 petang – 5.00 pagi
Penyertaan untuk semua acara adalah percuma! Jika anda berminat untuk menghadiri UEFA EURO 2024™ Malaysia Watch Party and Community Tournament, sila RSVP kehadiran anda di pautan di bawah:
KLIK: https://gbgamesbond.com/ea-sports-fc-uefa-euro-2024-malaysia-watch-party-and-community-tournament/
Di mana anda akan menyaksikan final EURO 2024 nanti?