EA Sports Perjelas ‘Kisah Sentimental’ Fratton Park Di Dalam Permainan FIFA

Memang sudah menjadi tradisi EA Sports akan memasukkan beberapa buah stadium dengan rangka sebenar dalam permainan FIFA mereka.

Bagi peminat Liga Perdana Inggeris (EPL), kesemua 20 pasukan akan mempunyai stadium sendiri untuk perlawanan mereka. Malah, ada juga pasukan yang luar di EPL dimasukkan.

Kebiasaannya stadium yang memasuki senarai selain EPL ialah kerana kelab itu pernah bermain di liga itu sebelum diturunkan ke EFL Championship.

Kisah Simon Humber

Sudah pasti pihak EA Sports tidak akan membuangnya dari senarai stadium.

Tetapi tahukah anda bahawa stadium milik Portsmouth, Fratton Park turut dimuatkan ke dalam sejak FIFA16 lagi sehingga FIFA18?

Sebenarnya ia merupakan tribut kepada salah seorang kakitangan EA Sports. Kakitangan yang dimaksudkan ialah, Simon Humber yang menjawat jawatan pengarah kreatif bagi siri permainan FIFA.

Simon meninggal dunia akibat kanser pada awal 2016. Ramai pihak  di EA terkesan dengan pemergian mendiang Simon.

Naib Presiden EA Sports merasakan pemergian Simon itu seumpama kehilangan besar dalam keluarga besar syarikat itu. Malah, beliaulah pengasas FIFA Ultimate Team yang kita semua dapat rasai pada hari ini.

‘Tribute’ untuk Simon Humber

Fratton Park. Sumber: EA Sports.

Mendiang Simon sebenarnya adalah penyokong tegar Portsmouth FC. Dan sokongan kepada kelab pantai selatan England itu diketahui oleh rakan sekerjanya.

Selepas pemergiannya itu, EA Sports mengambil keputusan untuk memasukkan Fratton Park sebagai salah satu stadium yang dimuatkan di dalam siri permainan FIFA.

Untuk itu, sebahagian pegawai syarikat itu telah ke Portsmouth untuk menangkap gambar Fratton Park. Walhal, pada musim 2015/16, Portsmouth bermain di EFL League Two.

Ianya sekaligus telah menjadi satu penghormatan besar buat kelab yang menjuarai Piala FA 2008 itu. Walaupun semua tahu, Pompey menghadapi siri masalah kewangan selepas kejuaraan tersebut.

Tindakan EA Sports itu telah menerima reaksi positif daripada peminat Pompey sendiri. Bukan mudah nak masuk senarai secara tanpa sebab!

Penghargaan

Jambangan bunga yang dimaksudkan. Sumber: EA Sports.

Jika anda pernah menjadikan Fratton Park sebagai stadium perlawanan, sudah pasti anda akan ternampak jambangan bunga di tepi gol.

Jambangan itu sengaja diletakkan oleh EA Sports untuk memberi penghargaan kepada Simon Humber.

Benarlah kata pepatah, ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN