E. Elavarasan Puas Hati Persiapan Sarawak United, Tidak Mahu Dianggap Pasukan Pilihan

Sarawak United

Musim 2021 dijangka memperlihatkan Sarawak United lebih ampuh untuk mencabar kejuaraan Liga Premier (MPL) selepas berjaya memburu ramai pemain berkualiti dan berpengalaman di saingan Liga Malaysia.

Ketua jurulatihnya, E. Elavarasan, gembira dengan kehadiran pemain seperti Sandro da Silva, Norshahrul Idlan Talaha, Lee Chang-hoon dan Christie Jayaseelan yang pasti memberikan banyak perbezaan buat Sarawak United berbanding musim lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu kehadiran semua pemain terbabit meletakkan Sarawak United dianggap sebagai pilihan sebaliknya berasakan peluang buat semua pasukan adalah sama rata bagi bersaing merebut kejuaraan.

”Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.”

”Sudah tentu di atas kertas, kami sudah punyai satu pasukan yang amat baik di segenap posisi malahan kehadiran pemain import yang semuanya berpengalaman pernah bermain di Liga Malaysia, diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.”

”Mungkin ramai sedang melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama, namun saya tidak mahu berasa sedemikian memandangkan persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.”

”Jangan memandang rendah atas keupayaan pasukan Kuching FA, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang pasti juga mahukan slot ke Liga Super pada 2022 apabila turut memperkuatkan pasukan dengan pemain-pemain baharu, jadi jangan jadikan perbandingan pemain yang kami miliki meletakkan kami sudah berada di atas landasan selesa berbanding pasukan lain,” katanya.

Pada musim depan, Elavarasan bakal dibantu bekas jurulatih kebangsaan selain Selangor, Felda United dan Kelantan, B. Satianathan selaku Pengarah Teknikal Sarawak United.

Antara pemain lain yang bakal memperkuatkan cabaran Sarawak United ialah bekas ketua pasukan Selangor, Taylor Regan selain Amer Saidin, Khair Jones, Gopi Rizqi dan Haziq Aris.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga kesepuluh di saingan Liga Premier serta terlepas peluang bermain di TM Piala Malaysia.

Jelas Elavarasan, persiapan yang sedikit lewat pada musim lalu sebenarnya banyak menjejaskan peluang Sarawak United memburu kedudukan lebih baik memandangkan perlawanan Liga Premier hanya dijalankan secara satu pusingan.

”Musim lalu kita telah lihat bagaimana Pulau Pinang yang muncul juara telah melakukan persiapan yang begitu awal iaitu beberapa bulan sebelum bermulanya liga.”

” Begitu juga Kuala Lumpur yang bermula begitu awal dan lihatlah hasilnya, kedua-dua pasukan ini berjaya merebut dua slot ke Liga Super.”

”Kami pula sebaliknya yang kesuntukan masa untuk lakukan persiapan dan harap kami boleh belajar sesuatu daripada musim lalu untuk memburu kedudukan yang lebih baik,” tambah Elavarasan lagi.

Kredit featured image: Sarawak United FC

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Bukan Haaland Atau Mbappe, Pemain Paling Mahal Adalah Rashford Dengan Nilai RM817.6 juta

Tanda Protes, Pemain Royal Antwerp Buat Hal Pakai Jersi Musuh Tradisi Ke Sesi Latihan

Syarikat Automotif, Kelengkapan Pertahanan Jadi Pemilik Saham Terbesar Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN