E. Elavarasan: “Pemain Tak Beraksi Seperti yang Sepatutnya”

Pengendali skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) iaitu E. Elavarasan mengakui para pemainnya tidak beraksi dengan baik ketika mereka mencatat kekalahan besar 1-4 di tangan Vietnam bagi saingan separuh akhir Piala AFF B-23.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia membawa harapan besar bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan untuk mara ke pusingan akhir dengan mengetepikan Vietnam.

Piala AFF B-23: Vietnam ‘Ajar’ Malaysia Cara Sebenar Main Bola Sepak

Namun, sebaliknya berlaku selepas Malaysia tampil dengan sangat longlai khususnya di separuh masa pertama perlawanan dengan mereka dibolosi tiga jaringan hanya pada separuh masa pertama.

Malah, Malaysia juga gagal untuk mencipta walau satu percubaan tepat ke gawang gol lawan sepanjang 45 minit pertama berbanding enam dilepaskan oleh Vietnam.

Tampil dengan beberapa perubahan di separuh masa kedua, Malaysia hadir dengan lebih baik untuk mencipta siri-siri serangan berbahaya sehingga mencetuskan gol tunggal negara menerusi Alif Ikmalrizal.

Tetapi, ianya gagal dipertahankan atau tambahan gol hadir buat negara selepas Vietnam tampil dengan jaringan terakhir mereka pada penghujung perlawanan sehingga menyaksikan mereka tewas besar 1-4 pada petang semalam.

Jelas Elavarasan sebaik sahaja perlawanan tamat, beliau mengakui para pemain kendaliannya tidak efektif terutama sekali untuk aksi di separuh masa pertama.

“Pada pandangan saya, para pemain tidak dapat beraksi dengan lebih efektif untuk aksi separuh masa pertama.

“Para pemain kami tidak beraksi seperti sepatutnya mereka perlu lakukan dan saya rasa pertahanan antara yang kerap kali kita membuat kesalahan tidak perlu,” jelas Elavarasan.

Jelas konsistensi pertahanan negara pada saingan Piala AFF B-23 ini antara yang dipertikaikan selepas sering dibolosi dalam tiga perlawanan dihadapi.

Daripada tiga aksi dihadapi pasukan kebangsaan, mereka sudah pun dibolosi sebanyak enam gol dan perlawanan menentang Vietnam menjadi rekod paling teruk untuk saingan ini buat Malaysia.

Sebenarnya, kelemahan pertahanan negara ini bukan tertakluk kepada saingan Piala AFF B-23 sahaja, malah ia sudah dibuktikan sejak kejohanan Sukan SEA beberapa bulan lalu.

Walaupun memiliki rantaian pemain muda berkualiti seperti Ruventhiran dan Ubaidullah Shamsul, isu persefahaman sesama pemain dalam membentuk gandingan lebih baik di posisi tersebut masih sukar diatasi Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN