E. Elavarasan: “Lepas 4 Tahun, Kita Berjaya Ke Pusingan Separuh Akhir”

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara iaitu E. ElavarasanE. Elavarasan kini pastinya menjadi individu paling gembira selepas berjaya membantu Malaysia mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF B-23 tahun ini.

Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua dalam saingan Piala AFF B-23 selepas mengetepikan cabaran Timor Leste menerusi keputusan penuh 3-1 di Stadium Rayong dengan sangat cemerlang.

Dua jaringan daripada Alif Ikmarizal serta satu menerusi penyerang muda, Aliff Izwan Yuslan cukup untuk memastikan mereka layak ke pusingan separuh akhir bagi meranapkan terus impian Timor Leste yang tampil begitu garang bertemu Malaysia.

Timor Leste yang tewas kepada Indonesia sebelum itu cuba mencipta kebangkitan pada aksi ini dengan turut memperoleh satu gol sagu hati menerusi penyerang utama mereka, Olagar Xavier.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia berjaya menjuarai peringkat Kumpulan B dan melangkah ke peringkat separuh akhir untuk membuat perhitungan seterusnya menentang Vietnam Khamis ini.

Walaupun tanpa persiapan yang begitu rapi dan mendapat kritikan daripada segelintir penyokong, Malaysia berjaya membuktikan mereka masih mampu untuk unggul pada kejuaraan tersebut musim ini.

Jelas Elavarasan, beliau begitu gembira dengan keputusan yang dilakar oleh para pemain selain mengucapkan tahniah kepada kepada mereka kerana membawa negara ke pusingan separuh akhir.

“Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia kerana selepas empat tahun, ini kali pertama kita berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dan kita datang nak menang serta pemain dapat mencapainya.

“Banyak pertukaran kita buat pada perlawanan ini sebab kita rasa perlu untuk membuat perubahan tersebut dengan lebih awal.

“Awal separuh masa kita buat tiga pertukaran pemain dan kita masih ada baki lagi dua untuk kita caturkan supaya kelebihan itu ada sampai ke minit 90,” jelas Elavarasan.

Malaysia bakal membuat perhitungan seterusnya bersama Vietnam pada Khamis ini, dan pastinya ia menjadi ujian sangat getir buat Elavarasan untuk membuat persiapan dalam tempoh masa singkat.

Jelas pengendali tersebut, waktu sehari itu bakal digunakan beliau sebagai pemulihan kepada para pemain dan menyediakan senarai terbaik untuk aksi separuh akhir.

“Lebih kepada pemulihan dan sediakan para pemain untuk aksi lebih penting selepas ini bertemu Vietnam pada saingan separuh akhir,” kata Elavarasan sekali lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN