Penyerang dari Australia iaitu Dylan Wenzel-Halls dijangka bakal menjadi pertaruhan penting Penang untuk menghadapi aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya berdepan cabaran daripada Perak.
Beraksi di halaman sendiri, Penang jelas tidak boleh melepaskan sebarang peluang untuk sekurangnya meraih keputusan seri demi memperbaiki kedudukan semasa mereka.
Apatah lagi kini Penang berada di kelompok bawahan Liga Super setelah mengharungi 16 perlawanan dan meraih tiga kemenangan sahaja untuk mengumpul 14 mata secara keseluruhan.
Sudah tentu para peminat mereka sendiri mengharapkan supaya ada kebangkitan mampu dilakar semula pasukan tersebut untuk sekurangnya memperbaiki kedudukan semasa sebelum persaingan tamat tidak lama lagi.
Hari Perlawanan LS18🔥
Saksikan siaran langsung 2️⃣ perlawanan hari ini:-
▶️ SEL lwn KLC jam 5:15 petang di Astro Arena Bola (803) dan Astro GO
▶️ PEN lwn PRK jam 8:15 malam di TV Okey, Sukan RTM dan RTMKlik#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/O1XMn9k0xs
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 12, 2025
Walaupun begitu, beberapa perubahan wajar dilakukan dalam permainan terutama sekali membabitkan kualiti penyudah serta disiplin pertahanan supaya menjadi lebih baik.
Untuk aksi hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain yang bakal mencuri tumpuan dengan membabitkan pertemuan antara Penang dan Perak.
Dylan Wenzel-Halls
Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Wenzel-Halls kini hanya meledak satu gol dan satu bantuan jaringan sahaja dan sudah tentu rekod itu ditagih peminat supaya ianya bertambah.
Walaupun tidak begitu baik daripada rekod penghasilan gol, pemain dari Australia ini memainkan peranan cukup besar untuk menghidupkan jentera serangan Penang sejak awal penyertaan bersama kelab tersebut.
Kualiti hantaran, kawalan bola yang kemas, serta tekanan tinggi diberikan ke atas pertahanan lawan antara kelebihan dimiliki Wenzer-Halls untuk menjadi aset utama pasukan itu.
Thank you 2024 🤝🏼 Excited to see what 2025 brings. Here is to continuous improvement and new goals ⚽️ enjoying my journey ⚽️ pic.twitter.com/8JosnJB9Il
— Dylan Wenzel-Halls (@WenzelHalls) January 1, 2025
Rafael Vitor
Tonggak pertahanan Penang ini sudah tentu antara yang bakal memainkan peranan cukup besar demi memastikan serangan lawan tidak sewenang-wenangnya memperoleh ruang mencipta sesuatu.
Setelah beberapa musim di Malaysia, jelas pertahanan dari Brazil ini menjadi percaturan utama kelab menerusi kualiti beliau di posisi pertahanan selain sikap kepimpinan beliau bersama rakan sepasukan.
Setakat ini Vitor sudah pun meledak dua gol daripada 16 penampilan serta mempamerkan aksi cukup baik sepanjang bersama Penang untuk disayangi para peminat.
Clayton dos Santos
Untuk Perak pula, tumpuan utama terarah kepada penyerang mereka pada musim ini iaitu Clayton yang sering mencetuskan sensasi tersendiri di atas padang bersama kelab berkenaan.
Bekas pemain kebangsaan dari Brazil itu setakat ini sudah meledak tiga gol serta dua bantuan jaringan daripada 18 penampilan bersama pasukan tersebut di Malaysia.
Menarik tentang Clayton, beliau memiliki kelincahan yang cukup baik serta berada di serata arah untuk memulakan serangan atau menerima umpanan dari rakan sepasukan.