‘Duri Dalam Daging’ – 3 Pengadil Yang Pernah ‘Menzalimi’ Harimau Malaya

Malaysia

Kekalahan Malaysia ditangan Vietnam semalam membuatkan kedudukan Harimau Malaya sedikit tergugat menjelang aksi bertemu Singapura pada Selasa depan.

Memerlukan jaringan besar dan semestinya tiga mata penuh, skuad Kim Pan-gon perlukan kemenangan di tempat sendiri untuk pastikan rekod Piala AFF 2022 tidak sama seperti edisi sebelum ini.

Kekalahan kepada Vietnam diselubungi oleh isu mutu pengadilan dari Ryuji Sato yang mengecewakan – sekurang-kurangnya daripada sudut pandang Malaysia.

Dan ini bukanlah kali pertama, sebelum ini jika Harimau Malaya tampil beraksi di peringkat serantau atau benua, ada saja pengadil-pengadil yang akan buatkan pasukan kita sengsara.

Ryuji Sato

Ryuji Sato adalah nama yang tiba-tiba menjadi sebutan penyokong Malaysia semalam.

Keputusan kontroversi yang dilakukan oleh Sato telah membuatkan penyokong negara begitu berang apabila melayangkan kad merah kepada Azam Azmi yang turut menjadi titik tolak kekalahan Harimau Malaya semalam.

Layangan kad merah itu dilihat begitu kontroversi kerana ketika siaran langsung, hanya sekali sahaja ulang tayang yang disiarkan sewaktu insiden itu berlaku.

Walaupun keputusan Sato itu dilihat tepat, namun bagi bekas pengadil kebangsaan iaitu Subkhiddin Salleh, Malaysia tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti.

Keputusan Sato itu jelas sekali merencatkan moral pasukan Malaysia dan kita seterusnya tumbang 3-0 ditangan Vietnam.

Sato juga sebelum ini pernah memberikan sepakan penalti kontroversi kepada Vietnam apabila kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada tahun lalu.

Ben Williams

Siapa tak boleh lupa dengan Ben Williams, pengadil yang pernah menjadi kecaman hebat penyokong bola sepak negara satu masa dahulu.

Pengadil dari Australi ini pernah melakukan ‘dosa besar’ terhadap pasukan kebangsaan selepas menjadi punca kekalahan Malaysia dalam saingan Sukan Asia.

Pada aksi Sukan Asia 2010 di Guanzhou, Williams telah menjadi punca besar kepada kekalahan Malaysia terhadap China selepas membuang tiga orang pemain Harimau Malaya.

Dalam aksi yang memihak China dengan jaringan 3-0 itu, Williams menyingkirkan Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan selain mengeluarkan tujuh kad kuning – kesemuanya untuk Harimau Malaya.

Christopher Beath

Era Harimau Malaya dibawah kendalian Nelo Vingada bukanlah sesuatu yang boleh dikenang sebagai indah kerana kita tidak mencatat sebarang kemenangan pada waktu itu.

Tetapi, pada era yang sama jugalah seorang lagi pengadil dari Australia telah melakukan ‘dosa besar’ kepada Harimau Malaya iaitu Christopher Beath.

Beath dikenang sebagai pengadil yang memberikan keputusan kontroversi ketika aksi Malaysia bertemu Hong Kong untuk merebut tempat ke Piala Asia 2019.

Dalam perlawanan tersebut, Beath telah membuang Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan untuk menyukarkan hajat Malaysia memperoleh tiga mata.

Namun, mujur Syazwan Zainon berjaya menjaringkan gol penyamaan sebelum Beath sekali lagi melakukan keputusan kontroversi pada minit akhir perlawanan dengan memberikan sepakan penalti kepada Hong Kong.

Malaysia terselamat selepas Hafizul Hakim menyelamatkan sepakan penalti tersebut dengan keputusan berakhir dengan keputusan 1-1.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN