“Dulu Skil Saya Hampir Menyamai Messi” – Zahid Hamidi Tak Minat Jadi Presiden KLFA

Zahid Hamidi KLFA

Selepas beberapa hari berlegar spekulasi mengaitkan dirinya dengan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya membuka mulut menafikan khabar angin tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya, beliau yang juga Presiden UMNO menegaskan tidak berminat untuk memimpin mana-mana persatuan bola sepak (FA) buat masa ini kerana keutamaannya kini adalah terhadap dunia politik.

Nama Ahli Parlimen Bagan Datoh itu disebut-sebut bakal menggantikan Khalid Samad yang telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Zahid sempat berseloroh mengenai kemahirannya di atas padang yang hampir menyamai dua bintang bola sepak dunia.

“Maka terpaksalah saya akui suatu ketika dulu skil permainan bola sepak saya hampir menyamai Lionel Messi atau belakang sedikit berbanding Karim Benzema,” ujarnya.

“Tetapi itu tidaklah bermakna saya mengidamkan jawatan presiden mana-mana persatuan bola sepak dalam negara sedangkan ada perkara lebih mustahak untuk diutamakan.”

Untuk rekod, Zahid Hamidi bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah menjadi Presiden Persatua Bola Sepak Perak (PAFA) selain menjadi tulang belakang kepada pasukan ATM dan PDRM ketika menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

“Justeru, saya menafikan laporan media tertentu saya adalah calon baharu Presiden KLFA yang memenangi Piala Malaysia tahun lalu,” tambahnya lagi.

Tumpuan saya pada masa ini adalah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sebaik mungkin.

“Melaksanakan sejujurnya amanah diberikan oleh akar umbi untuk menggembalikan kegemilangan UMNO dan BN dalam persada politik tanah air.

“Menunaikan secara bersungguh-sungguh kewajipan untuk memastikan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan dikembalikan di Malaysia.”

Pasukan Kuala Lumpur City yang bernaung di bawah KLFA kini sedang berdepan dengan masalah pembayaran gaji pemain selama dua bulan sejak Januari lalu.

Khalid Samad sebelum ini pernah meluahkan isu mengenai ‘pengaruh politik’ iaitu kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama pasukan gagal menyalurkan dana berjumlah RM5 juta untuk operasi pasukan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN