Dulu Dianggap ‘Mentah’, Kini Laporta Melutut Mahukan Xavi Kembali

Xavi Hernandez

Sebelum ini, nama Xavi Hernandez disebut-sebut sebagai antara calon yang sesuai untuk mengemudi Barcelona pada era selepas Lionel Messi.

Namun begitu, nama beliau disisihkan dan Ronald Koeman pula yang diambil.

Tidak lama kemudian, Koeman juga telah pun disingkirkan dan kini Barcelona perlu mencari pengurus baharu.

Sekali lagi, nama Xavi dikaitkan dengan jawatan ini namun ianya tidak dipandang baik oleh legenda kelab – Hristo Stoichkov.

Lidah bercabang

Menurut Stoichkov, tindakan kelab terutamanya menerusi presiden Joan Laporta adalah satu tindakan yang boleh dipersoalkan.

Hal ini kerana, sebelum ini Laporta mempersoal kredibiliti Xavi sebagai pengurus Al Sadd dan mampukah legenda Sepanyol itu mengemudi pasukan besar seperti Barcelona.

Ianya seperti selepas satu malam Laporta tidur dan bermimpi, beliau kemudiannya bangun dan terus berasakan Xavi adalah orangnya untuk Barcelona.

“Empat bulan lepas, Joan Laporta berkata yang Xavi masih lagi mentah. Beliau masih lagi perlukan pengalaman dan tidak bersedia.”

“Hari ini apabila beliau bangun dari tidur, beliau katakan yang Xavi adalah yang terbaik untuk kelab.”

Stoichkov bimbang dengan tindakan Laporta ini sebenarnya akan membuatkan seorang lagi legenda kelab menjadi korban kepada lemahnya pentadbirannya.

Sebelum ini, pemain terbaik dalam sejarah mereka iaitu Lionel Messi juga telah menjadi korban dengan pemain itu berkata Laporta adalah seorang yang “lidah bercabang”.

“Adakah beliau sedang cuba untuk ‘membunuh’ seorang lagi legenda kelab?”, soal Stoichkov.

Xavi dikatakan bakal mengambil alih tempat Koeman dengan ianya hampir pasti akan berlaku.

Stoichkov adalah pemain Barcelona di era 1990-an dengan beliau melakukan 341 penampilan dan 162 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN