Dulu Curi Perhatian Sebagai Pemain Terkaya Dunia, Kini Faiq Bolkiah ‘Sendu’ Tanpa Kelab

Faiq Bolkiah

Status pemain kelahiran Brunei, Faiq Bolkiah sebagai bakat bola sepak profesional di Eropah kian malap apabila bekas kelab beliau, Maritimo menamatkan kontrak.

Pemain bola sepak yang paling kaya di dunia ini mula menjadi perhatian ramai apabila mewakili akademi-akademi ternama seperti Southampton, Arsenal dan Chelsea pada awal pembabitannya.

Sehingga kemuncak, beliau diikat tiga tahun oleh Leicester City untuk menjadi harapan terbaru kelab berkenaan.

Dilaporkan juga anak saudara Sultan Brunei tersebut mempunyai kekayaan bernilai 13 bilion pound sama dengan RM73.35 bilion.

Beliau menyertai Maritimo setelah dilepaskan oleh pasukan Leicester pada musim panas lalu tanpa membuat sebarang penampilan sepanjang bersama kelab dari Premier League tersebut.

Impian pemain ini untuk beraksi di pentas utama Eropah sekali lagi tidak kesampaian apabila kontrak beliau bersama Maritimo turut berakhir tanpa sebarang aksi sempat dipamerkan.

Maritimo yang berpengkalan di Portugal turut mengucapkan terima kasih atas jasa sepanjang bersama pasukan serta memberi galakan buat Faiq pada masa depan setelah kontrak pemain itu berakhir.

Untuk rekod pasukan, Maritimo pada musim ini menduduki tangga ke-15 Primera Liga serta tiada peluang pernah diberi buat pemain kelahiran Brunei ini.

Bapa Faiq merupakan adik kepada Sultan Brunei terkini, Sultan Hasannah Bolkiah.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN