Christophe Dugarry: “Neymar Bukan Bos PSG, Dia Kena Hormat Pemain Lain!”

Legenda Perancis dan bekas pemain Barcelona, Christophe Dugarry ternyata tidak gembira dengan ego yang ada pada Neymar selepas insiden penalti dengan Cavani.

Dugarry merasakan tindakan Neymar itu membuatkan Cavani hilang tumpuan serta pemain-pemain yang lain jadi kekok.

Cavani adalah pemain utama yang melakukan tugasan sepakan penalti sejak ketiadaan Ibrahimovic. Beliau antara pakar di dalam rutin tersebut.

Unai Emery pula mengakui yang beliau tidak ada ‘designated order’ untuk tugasan bola mati dan mahu pemain-pemain beliau berbicang sesama sendiri.

Unai Emery

Neymar juga merampas bola daripada Dani Alves untuk sepakan percuma. Cavani mahu mengambil sepakan tersebut, Alves datang mengambil bola.

Pada awalnya, media menyangka Alves mahu Neymar mengambil sepakan. Tetapi Alves menafikannya. Alves memberitahu:

“Saya ambil bola itu kerana saya mahu melakukan sepakan percuma itu. Saya melakukan banyak gol menarik daripada situasi itu. Tetapi Neymar datang mengambil bola daripada tangan saya.”

Dugarry menyatakan:

“Walaupun dia pemain bertaraf bintang Neymar harus menghormati ketua dalam pasukan serta pemain-pemain yang lain.”

“Cavani sudah bermain di PSG selama 4 tahun dan dia bukan pemain yang suka menyusahkan pemain lain.”

“Dari sudut yang lain, Neymar perlu tahu cara menyesuaikan diri dengan pemain senior yang lain di dalam pasukan PSG.”

“Neymar pemain yang hebat, tetapi dia bukan bos di PSG. Dia boleh menjadi ‘bos’ (dalam konteks lain) di PSG jika dia memenangi banyak piala di sana tetapi bukan kerana dia bernilai €222 juta.”

“Sekali lagi saya tegaskan dia bukannya bos PSG. Jika dia bos, bermakna dia yang akan mengambil alih sesi latihan dan memilih pasukan yang akan bermain. Ke mana arah tujuan kita?”

“Saya simpati ke atas Cavani. Jika anda saksikan perlawanan itu, anda akan melihat dia berlari ke sana sini di dalam padang. Dia tidak bercakap banya. Dia ada di mana-mana.”

“Dia pemain yang baik hati. Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Dan tiba-tiba dia disentak oleh sesuatu seperti itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN