Dua Perlawanan Serie A Ditangguhkan Kerana Tragedi Jambatan Runtuh

Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa kejadian jambatan runtuh di Genoa, Itali pada beberapa hari lepas.

Dilaporkan 39 orang telah meninggal dunia dalam kejadian tersebut. Malah berpuluh-puluh lagi cedera.

Bekas pemain Cagliari, Davide Capello antara mangsa yang terselamat. Beliau diberitakan sedang memandu pada waktu kejadian berlaku.

Darurat

Kerajaan Itali mengumumkan tempoh darurat selama 12 bulan di wilayah Linguria. Esok (Sabtu) juga diumumkan sebagai hari berkabung bagi negara tersebut.

Malah, sesi pengkebumian mangsa turut diadakan pada hari yang sama.

Kelab Genoa telah memohon kepada pengurusan liga untuk menangguhkan perlawanan menentang Serie A. Genoa dijadualkan akan menentang AC Milan pada Ahad ini.

Sampdoria, kelab yang berpangkalan di Genoa turut juga mendapatkan kebenaran untuk menangguhkan perlawanan.

Sampdoria akan bertemu Fiorentina pada perlawanan yang juga pada asalnya diadakan pada Ahad.

Permohonan itu telah dipersetujui oleh pengurusan liga tersebut. Malah, Presiden Serie A Gaetano Micciche memaklumkan bahawa tarikh perlawanan baru akan diumumkan kelak.

Berkabung

Kelab-kelab Serie A bersepakat untuk mengadakan sesi tafakur selama seminit sebelum perlawanan hujung minggu ini. Mereka juga akan memakai lilitan berwarna hitam.

Davide Capello ketika ditemubual BBC memberitahu beliau melihat kejadian itu seolah-olah dalam filem.

Beliau sendiri tidak menyangka bahawa kejadian jambatan runtuh ini boleh berlaku sebegini pada zaman moden.

Mujurlah beliau dapat melepaskan diri daripada kejadian yang memilukan itu.

Menurut laporan awal, hujan lebat menjadi faktor jambatan itu runtuh. Usaha mencari mangsa masih diteruskan lagi.

Jambatan itu menjadi laluan utama antara bahagian utara Itali ke Perancis. Ia dibina pada 1960-an dan diperbaiki pada 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN