Dua Penyokong Liverpool Terlepas Kemenangan Selepas Tersalah Destinasi Ke Gent

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Dua penyokong Liverpool terpaksa pasrah terlepas menonton aksi kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Genk di stadium, tetapi sebaliknya terpaksa menyaksikan perlawanan tersebut di kaca TV, walaupun berkunjung ke Belgium khas untuk perlawanan tersebut.

Ini berlaku selepas kedua-dua penyokong fanatik Liverpool ini tersalah destinasi apabila tiba di bandar Gent – terletak kira-kira 128KM dari Genk.

Kesilapan kedua-dua penyokong Liverpool ini mendapat liputan dari media di Belgium.

Dua penyokong yang tidak dinamakan ini akhirnya terpaksa pasrah menonton perlawanan tersebut di sebuah bar Irish di bandar Gent – yang terletak berhampiran dengan sempadan Belanda.

Turut dipaparkan oleh media Belgium adalah wajah suram kedua-dua penyokong tersebut.

Menurut laporan, kedua-dua penyokong setia Liverpool ini hanya menyedari mereka tiba di bandar yang salah kira-kira 30 minit sebelum sepak mula.

Ini bermakna ianya sudah tidak sempat buat kedua-dua mereka untuk ke Luminus Arena yang memakan masa kira-kira 90 minit perjalanan dengan kenderaan darat.

Kesilapan tersebut membuatkan kedua-dua mereka menanggung kerugian sekitar €440 yang telah dibelanjakan untuk tambang kereta api dan tiket perlawanan yang sudah dibeli.

Simpati dengan nasib kedua-dua penyokong Liverpool ini, KAA Gent yang beraksi di Liga Europa menawarkan tiket perlawanan percuma untuk perlawanan menentang Wolfsburg pada awal pagi nanti.

Dan mungkin kedua-duanya perlu belajar matapelajaran Geografi dari penduduk di Belgium selepas ini.

Daripada impian menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di stadium, ini bermakna kedua-duanya kini terpaksa pasrah menyaksikan perlawanan Liga Europa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN