Pegawai perlawanan bola sepak Malaysia terus mendapat kepercayaan apabila dua orang pengadil telah dilantik oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bertugas sepanjang pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 yang akan berlangsung pada 8 hingga 2 Januari depan di Thailand.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bersetuju untuk menghantara dua pengadil yang mempunyai lesen FIFA, Amirul Izwan Mohd Yaacob dan Mohd Yusri Muhamad. Ianya merupakan satu pengiktirafan yang wajar dibanggakan kerana bukan mudah untuk diberi peluang untuk mengadili perlawanan antarabangsa.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan Amirul dan Yusri akan berlepas ke Bangkok pada 2 Januari ini iaitu seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sebelum bermula kejohanan.
Amirul, Yusri Ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 Di Thailand
AFC telah melantik dua orang pegawai perlawanan dari Malaysia untuk bertugas sepanjang pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020, 8 hingga 26 Januari depan.
Baca penuh di https://t.co/55bewCk9Z0#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/YaaTea7pfb
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 30, 2019
Aksi pembukaan pada 8 Januari akan melibatkan perlawanan kumpulan A di mana Iraq akan bertemu Australia, manakala tuan rumah, Thailand bakal berdepan Bahrain.
“FAM berharap mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin, bagi memastikan para pegawai perlawanan dari Malaysia terus mendapat tempat dan kepercayaan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang,” kata Stuart dalam kenyataannya kepada Media FAM.
Kejohanan tersebut akan berlangsung di tiga buah bandar di Thailand iaitu Bangkok, Songkhla dan Buriram. 16 pasukan yang layak ke pusingan akhir akan berentap untuk merebut kejuaraan tanpa kelibat pasukan negara yang gagal melayakkan diri.
Pengadil Malaysia Terus Mendapat Kepercayaan Badan Antarabangsa – https://t.co/tKiRsouxnR pic.twitter.com/HzI0vF5Ded
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 2, 2019
Amirul dan Yusri sebelum ini pernah dipilih untuk mengadili perlawanan Pusingan Akhir Kejuaraan Bola Sepak EAFF E-1 2019 di Busan. Malah Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) juga pernah mengemukan nama Amirul untuk mengadili perlawanan persahabatan antara Jepun dan Venezuela di Stadium Panasonic Suita, Osaka yang berlangsung pada 19 November lepas.
Ia membuktikan pengadil dari Malaysia memiliki kualiti dan kredibiliti di peringkat antarabangsa.