Dua Pemain Rusia Berperangai ‘Samseng’ Ditahan Polis Selepas Serang Pegawai Menteri

Dua pemain antarabangsa Rusia telah ditahan reman oleh pihak polis selama 48 jam untuk tujuan soal siasat selepas dua pemain itu dikatakan menyerang seorang penjawat awam di sebuah cafe di Moscow.

Pemain Zenit St. Petersburg, Aleksandr Kokorin dan FC Krasnodar, Pavel Mamaev dilaporkan menyerang pegawai seorang dari Kementerian Perdagangan Rusia, Denis Pak pada Isnin.

Serangan tersebut mengakibatkan Pak terpaksa menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.

Aleksandr Kokorin (R) of FC Zenit Saint Petersburg and Pavel Mamaev of FC Krasnodar talk after the Russian Premier League match between FC Zenit Saint Petersburg and FC Krasnodar on October 7, 2018 at Saint Petersburg Stadium in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Mike Kireev/NurPhoto via Getty Images)

Liga Perdana Rusia berkata mereka terkilan dengan sikap dan tindakan oleh kedua-dua pemain tersebut, dan polis turut mengesahkan kedua-dua pemain datang ke balai polis untuk menyerah diri pada Rabu.

Liga Perdana Rusia mengecam perbuatan kedua-dua pemain, dan pihak polis mengesahkan kedua-dua pemain tersebut ditahan dan akan didakwa kerana berkelakuan seperti samseng, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun di Rusia.

MOSCOW, RUSSIA OCTOBER 10, 2018: Yuri Titov (R), head of the Moscow Public Relations Office of Russia’s Interior Ministry, talks to journalists by the Investigation Division of the Russian Interior Ministry’s Moscow Branch that is to look into criminal cases against Russian footballers Alexander Kokorin and Pavel Mamaev. On October 8, 2018, the football players hit a Russian Industry and Trade Ministry official Denis Pak with a chair in a cafe and attacked a driver of Channel One journalist Olga Ushakova by the Peking Hotel in central Moscow. Vyacheslav Prokofyev/TASS (Photo by Alexander ShcherbakTASS via Getty Images)

Dalam satu kenyataan oleh Liga Perdana Rusia berkata:

“Perbuatan ini bukan sahaja akan mencemarkan nama baik FC Zenit dan FC Krasnodar. Ia akan menjejaskan nama baik bola sepak Rusia secara keseluruhan.

“Kami percaya jika didapati bersalah, mereka harus menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Tidak ada ruang untuk perbuatan seperti samseng di dalam bola sepak.

Zenit turut membidas Kokorin kerana perbuatan pemain tersebut. Manakala Krasnodar sedang mengkaji untuk menamatkan kontrak Mamaev.

Russia’s forward Aleksandr Kokorin (L) and Russia’s midfielder Pavel Mamaev celebrate their victory over Montenegro after the UEFA Euro 2016 group G qualifying football match between Russia and Montenegro at the Otkrytie Arena stadium in Moscow on October 12, 2015. AFP PHOTO / KIRILL KUDRYAVTSEV (Photo credit should read KIRILL KUDRYAVTSEV/AFP/Getty Images)

Mamaev memiliki 15 caps bersama Rusia dan pernah beraksi untuk CSKA Moscow sebelum berhijrah menyertai Krasnodar pada 2013.

Manakala Kokorin memiliki 48 caps antarabangsa, dan berada di dalam senarai skuad Rusia ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

Kedua-dua pemain tidak mendapat panggilan untuk Rusia ketika negara tersebut menjadi tuan rumah kepada kejohanan Piala Dunia pada musim panas yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN